Nasi Beringin

Bahan-bahan:

Beras Basmathi
Bawang Merah - dimayang halus
Bawang Putih - dimayang halus
Halia - dihiris nipis
Serai - dihiris halus
Kayu manis
Bunga Lawang
Cengkih
Biji pelaga
Air - disukat
Susu sejat
Minyak Sapi
Daun Pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dan tumis kayu manis, cengkih, bunga lawang, dan biji pelaga.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, dan halia yg telah dihiris nipis tadi dan tumis hingga harum baunya.
  3. Kemudian, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan juga susu sejat.
  4. Sukat air mengikut keperluan kemudian masukkan daun pandan.
  5. Tambah garam secukup rasa dan masaklah nasi dalam periuk nasi elektrik.
  6. Hidangkan panas bersama Ayam Masak Merah, Acar rampai dan Dalcha.

*Sukatan bahan2 mengikut citarasa


Rujukan: Resipi ini dimasukkan oleh seorang kawan yang kini bekerja sebagai chef di Switzerland, resipi ini adalah resipi yang digunakan olehnya untuk memasak berkawah nasi seperti ini di satu hotel terkemuka di kotaraya KL suatu masa dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Mee Hokkien Hitam Pekat

Nasi Minyak Istimewa

Berbagai Jenis Rendang