Ohnokaukswe (Mi Kari Burma)

nota: Pengarang pernah mencuba resipi ini sewaktu kawan-kawan omputih yang dah lama kenal di sini ajak sembang-sembang dan kumpul-kumpul (hangout la dalam bahasa inggerisnya) di kediaman mereka di satu petang musim bunga yang lepas. Mereka kata teringin sangat nak rasa masakan tangan orang Malaysia seperti saya yang dah lama di sini. Ada dalam 10 orang semuanya. Masing-masih semua kata betapa sedapnya Mi ni dan rasanya yang sedikit pedas memanaskan badan. Tak lama selepas itu memang tiada baki lagi mi saya. Yang di sana tambah lagi sikit, sini tambah lagi banyak..Semuanya selesai.. try test cubalah :).



Bahan-bahan

300g mi kuning, dicelur sejurus sebelum menghidang
1 keping kek ikan (fish cake ) digoreng terendam dan dihiris nipis-nipis
4 biji telur rebus, dikupas dan dipotong baji
Kuah ( bahan resipi disiarkan bersama)
55 gram @ 1/2 cawan bawang goreng
daun bawang, dihirs-hiris
daun ketumbar (cilantro in US), dihiris-hiris
3 biji limau nipis, dipotong baji

Cara Menghidang

1. Bubuh sedikit mi kuning di dalam mangkuk-mangkuk hidang kecil diikuti dengan kek ikan dan telur di atasnya.

2. Tambah kuah dan hias dengan bawang goreng, daun bawang dan daun ketumbar. Hidang dengan limau nipis.


Bahan Kuah

1 ekor (1.5 kg ) ayam, dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil
garam
1 sudu besar kunyit serbuk
60ml @ 1/4 cawan minyak masak
2 bj bawang besar, dikupas dan dihiris nipis-nipis
6 ulas bawsang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm halia, dikupas dan dicincang
1 sudu besar cili serbuk
1 liter @ 4 cawan santan, diperah drpd. 1.5 bj kelapa parut dan 1 liter @4 cawan air. (1-2 cans of Thai coco. milk)
1 liter @ 4 cawan air
1/2 sudu teh lada hitam serbuk
segenggam daun ketumbar, dhiris-hiris
5 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
140 g @ 1 cwn. tepung kacang dal channa (dibancuh dengan 250ml @ 1 cwn air)
85 g @ 1/2 cwn. kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, ditumbuk.

Cara

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit serbuk dan perap selama 10 minit.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehinnga layu. Masukkan ayam yang diperap dan cili serbuk dan masak selama 10 minit sehingga ayam kecut.

3. Tambah santan dan air, kacau rata-rata. campur lada hitam dan daun ketumbar dan didihkan selama 20 minit. Masukkan sos ikan, gula, bancuhan kacang dal channa dan kacang tanah. Didihkan selama 10 minit. Perasakan dengan garam.

Comments

Anonymous said…
resipi yang ini nampak menarik, hujung minggu ni saya akan try kalau tak sibuk.. @in. 17. mei.05