Raspberry Brulee - pencuci mulut


Pencuci mulut ini bukan sahaja kurang lemak (low-fat) menu tetapi juga senang disediakan. Di USA ianya dipanggil "creme brulee" adalah terkenal dan digemari ramai di mana-mana restoran, kini boleh dicuba sendiri.

1 mangkuk buah raspberri
1/3 cawan gula pasir
2 camB tepung jagung
1/3 camt garam
2 cawan susu segar (samada susu tanpa lemak, atau susu segar biasa) (fat free half-and-half or skim milk)
1/2 camt esen vanilla
4 camt 'brown sugar'

Masukkan buah raspberri ke dalam 4 'cawan saiz 10-ounce' bekas kastad (atau apa-apa cawan yang boleh disajikan hidangan ini). Campurkan gula, tepung jagung dan garam di dalam sebuah bekas yang lain. Masukkan susu segar ke dalam campuran gula, tepung jagung dan garam tadi dan kacau.

Panaskan pada paras 'medium' sehingga ia mendidih sambil dikacau selalu. Masukkan esen vanilla. Kemudian tuangkan ke dalam cawan yg. menganduungi buah raspberri tadi.

Masukkan ke dalam oven. Setkan oven ke 'broil'. Taburkan 1 camt 'brown sugar' ke atas campuran tadi di dalam setiap mangkuk campuran kastad tadi. 'Broil' dengan jarak 4-6 inci di antara permukaan mangkuk kastad ke alat pemanas di dalam oven selama 2-3 minit atau sehingga 'brown sugar' mulai cair sedikit. Hidangkan sebaik sahaja dikeluarkan. Tutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya masih ada baki.

Ruj. dan terjemahan drpd: Buku "Eat and Lose Weight - Betty Crocker's "

Comments