RESEPI SCRAMBLED EGG



'Scrambled Egg' akan berasa lebih lemak lagi jika dicampur dengan krim segar (fresh cream). Jika tiada, boleh digantikan dengan krim putar (double cream). Gunakan mentega, jangan minyak atau marjerin. Pastikan apinya sederhana saja dan sentiasalah kacau dengan senduk kayu.

SCRAMBLE EGG
2 camb mentega
4 biji telur
4 camb susu cair
sedikit garam & serbuk lada sulah
1 camb krim segar/putar

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit). Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras. Utk mendapatkan telur yg lebih halus 'ketulnya', gunakan pemutar 'belon' (balloon whisk).

Comments