Sate ayam dan kuah



Hidangan untuk 4-6 orang

500g ayam tanpa tulang ( dihiris 2 cm x 3 cm)
lidi sate secukupnya

BAHAN DIKISAR
2 ulas bawang merah
1-2 camB minyak
2 cm kunyit
1 batang serai
1 camt gula
1 camt garam
2 camt ketumbar - disangai
1 camt jintan putih - disangai
1/4 camt serbuk kulit kayu manis

BAHAN KUAH

2camB minyak

dikisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia


disangai & dikisar:
1 camt jintan manis
1 camB ketumbar


3 camB pes cili
300g kacang tanah (digoreng kering, 1/2 dikisar & 1/2 ditumbuk)
1 camB asam jawa (diperah & ditapis)
200 ml air rebusan tulang (ditapis) - separuh orang juga menggunakan air rebusan udang atau air rebusan sotong dan kisar sekali udang-udang atau sotong yang telah direbus itu.
400ml santan (dari 1 biji kelapa)
2-3 camB gula
garam secukupnya

Bahan Sampingan


nasi himpit (dipotong dadu)
bawang besar (dipotong berbaji)
timun(dihiris nipis)

Untuk menyediakan sate:


1. Perap daging ayam dengan semua bahan kisar selama 4 jam

2. Cucuk 3-4 potong ayam pada lidi. Ulangi hingga habis kemudian bakar atas bara apo. Renjiskan dengan minyak menggunakan serai yang dititik pangkalnya.

Untuk Membuat kuah:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar serta cili sampai wangi dan terbit minyak.

2. Bubuh kacang tanah, air asam jawa, santan, gula dan garam. Kacau lagi sampai menggelegak dan pekat.

3. Hidangkan Sate dengan kuah serta bahan sampingan.

Ini adalah resepi Pn. Norzailina (seorang pakar masakan)


Terjumpa juga cara yang berlainan daripada seorang pengirim di laman restoran pak amir. Mungkin gabungan pelbagai cara ini, jika mengikut citarasa kita sendiri akan menghasilkan rasa yang unik dan lazat.

SATE ALA LINDA

Bahan - bahan
1/2 kilo daging ayam - dipotong dadu mengikut citarasa ketebalannya
5 sudu minyak masak
250cc santan - diambil dari 1/2 biji kelapa
1 sudu air asam jawa
Lidi sate secukupnya

Bahan utk diperap (semuanya blend sekali)
1 sudu ketumbar }
1/2 sudu jintan manis } digoreng kering
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ambil pulurnya
1/2 inci lengkuas
4 biji cili merah
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

Campur daging ayam dengan bahan2 perapan. Perap lebih kurang 2 jam supaya ramuan tersebut meresap
Panaskan minyak dan tumis daging ayam tersebut sehingga kering airnya. Kacau selalu
Tambahkan santan dan masak sehingga daging empuk. Masukkan air asam jawa.
Angkat daging ayam setelah santan kering
Cucuk dengan lidi dan panggang atas api.

Kuah Kacang Pn. Puti Mazura (sumbangan di restoran Pak Amir)

"Ini resepi yang tersangatlah simplenya tapi memang sedap and saya belajar dari my aunty yang belajar dengan seorang tauke satay di Muar."- Cik Puti

Bahan-bahan
1. 1 kg kacang tanah, sangai (goreng tanpa minyak), buang kulit dan tumbuk
kasar.
2. 20 tangkai cili kering, dibuang biji, direbus dan blend halus
3. 10 ulas bawang merah, diblend
4. 5 ulas bawang putih, diblend
5. 2 batang serai, dititik
6. 1 inci lengkuas, diblend
7. 3 senduk (guna senduk nasi) gula merah (gula pasir pun boleh)
8. 1 senduk minyak masak
9. 1 sudu teh garam
10. 5 ekor sotong rendam (bersihkan, potong ikut suka dan rebus hingga
empuk) - optional, kalau takde tak payah letak.
11. Air 3-4 cawan
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
3. Masukkan cili kering dan biarkan agak garing.(jangan hangus)
4. Masukkan garam, serai dan kacang tanah bersama 3-4 cawan air, kacau rata
5. Kecilkan api dan biarkan kuah kacang mendidih (awas ia akan meletup
letup), kacau sekali sekala, jangan sampai hangus ye.
6. Masukkan sotong (kalau gunakan).
7. Renihkan selama yang you larat - 1 jam kalau boleh
8. Masukkan gula dan gaul rata.
9. Adjust garam dan gula ikut suka.
10. Biarkan mendidih lagi dan tutup api.
11. Sedia dimakan dengan ketupat / nasi himpit / lodeh

Comments