SERI KAYA (MAMAK KAT KAMPUNG )

(macam yg mamak jual dulu-dulu naik basikal besar dengan bekas roti besar di belakangnya yg ada penutup ayan macam penutup kukus yg besar....)

3 biji telur Gred A
240 g gula pasir
300 ml santan pekat (1 biji kelapa)
2 helai daun pandan, dikoyak & disimpulkan

Untuk Gula Hangus
60 g gula pasir
125 ml air

Untuk gula hangus, jerang gula dan air hingga gula hancur. Masak lagi hingga mendidih kemudian bertukar menjadi karamel (hangus dan keperangan gelap). Jangan terlalu lama dibiarkan kerana ia akan menjadi pahit. Gula hangus boleh menjadi 'lebih hangus' jika dibiarkan lama di dalam periuk/kuali bekas memasaknya kerana bekas tersebut masih panas.

Kacau gula dan telur hingga sebati. Masukkan daun pandan, santan dan gula hangus. Jerang di atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat.

Nota: Ada satu lagi cara membuat gula hangus: Hanguskan gula di dalam periuk atau kuali, masukkan air (panas) dan kacau hingga pekat.

Comments