Sup Ayam ala Thai

Aroma yang menyelerakan hasil gabungan, santan, serai, halia, dan limau nipis menjadikan sup ini sangat enak, terutamanya apabila ditambah dengan potongan kecil cili besar. Resipi yang bagus di musim sejuk begini atau di musim tengkujuh nun di rantau sana.



Bahan-bahan

1 sudu minyak
1-2 cili besar, dipotong kecil.
2 ulas bwng. putih, dikisar
1 batang
'leek'bersaiz besar (seperti gambar di bawah) yang dipotong bulat.

2.5 cawan stok ayam
13/4 (1.75) cawan santan
600g peha ayam yang sudah dibuang kulit dan tulangnya, dipotong dalam 3-4cm.
2 sudu besar sos ikan
1 batang serai (diketuk)
1.5 cm halia (dipotong halus)
1 camt gula
4 helai daun limau purut
3/4 cawan kacang pea (tin)
3 sudu besar hirisan
daun ketumbar

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di atas kuali. Tambah lada besar dan bawang putih, goreng selama 2 minit. Masukkan '
leek'dan masak selama 2 minit lagi.

2. Masukkan stok ayam dan santan dan kacau sehingga ia mendidih. Setkan api ke (med. hi).

3. Masukkan ayam, sos ikan, serai yang telah dipotong halus, halia, gula, dan daun limau purut. Perlahankan api dan renihkan selama 15 minit atau sehingga ayam masak, sambil dikacau sekali sekala.

4. Masukkan kacang pea dan masakkan selama 3 minit lagi. Selepas masak, masukkan ke dalam mangkuk sup dan taburkan daun
ketumbar (cilantro).

Comments

Anonymous said…
rasa macam nak try..tapi nak buat stok ayam macamana? sos ikan tu yang mana pulak ye? Tq
Traveler said…
Maaf , saya sendiri lama tak menjenguk blog ni. Kalau nak buat stok ayam tu mungkin lama sanat. Kalau nak senang boleh digantikan dengan kiub ayam knorr atau maggi. Sos ikan tu tak tau mana boleh dapat di Malaysia tetapi di USA ni banyak sekali. Dipanggil Fish Sauce. Atau sos ikan bilis.