Berbagai Jenis Rendang



Rendang Tok

Bahan-bahan

500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.

Rujukan :Buku "Sedapnyaaa..." (Hidangan Kegemaran Chef Wan).


Rendang Dinding



Bahan-bahan

250ml/1 cawan + 3 sudu besar minyak masak
1 Kg bawang besar , dikupas dan dihiris-hiris
2cm halia, dikupas dan diparut
5 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris-hiris
100gram cili kering, dibuang biji, direndam dan ditumbuk
1 Kg daging lembu batang pinang, dihiris-hiris 6mm tebal
100 g cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan ditumbuk
1.5 sudu besar kicap pekat
500-750 ml/ 3/4 cawan air asam, diperah daripada 45 gram asan jawa dan 500/750 cawan air
2 sudu besar gula
garam

Cara

1. Panaskan 250ml/ 1 cawan minyak masak dan goreng bawang besar, halia dan bawang putih selama 5-7 minit. Keluarkan dan kisar kasar-kasar.

2. Di dalam periuk bersih, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis cili tumbuk. Tambah daging dan pes bawang besar, halia & bawang putih.

3. Campur kicap pekat dan goreng selama 15 minit.

4. Masukkan air asam, tambah gula dan garam, Renihkan di atas api kecil sehingga kuah agak kering.

5. Hidang dengan roti jala atau nasi.

Rujukan: Buku "Sedapnyaaa" (Chef Wan )

Rendang Ayam Nogoghi (Negeri) - My favorite


Bahan-bahan

ayam 1 1/2 kg - potong kecil
garam

Bahan Kisar/Giling /Blender

20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah - hiris (di oversea ni saya cuma guna 1- 1.5 biji bawang besar)
6 ulas bawang putih - hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) - (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit ( kalau tak jumpa di oversea boleh guna daun limau purut)or just omit this option.
2 sudu besar kerisik - (di supermarket ada jual 'sweet grated coconut' - goreng setengah bungkus - tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)

Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:-

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit - panaskan api (med. hi)atau agak-agak

Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)

Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)

Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).

Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)

Selepas dalam 15 minit boleh la decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau nakkan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api (lo). dan boleh lah dimakan.

Rujukan: Keluarga, dan banyak kali dicuba sendiri, hasilnya tidak menghampakan. Simple dan rasanya sedap.

Rendang Padang (Padang style beef rendang)



500g lembu- daging batang pinang
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
3 cm lengkuas
2 batang serai
garam
600g kelapa diperah
3 cawan air

Bahan kisar sehingga halus:

40 cili padi
4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

Cara-cara

Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.

Rujukan: Buku "Zarina's Home Cooking".

Resipi Rendang Ayam mak Chester
Ref: http://bincang.net/forum/archive/index.php/t-55130.html
30-06-04, 04:19 PM
huh....bila aku mintak mak aku gelak jer...pasal aku amat suka makan ni...hehhe

Bahan2

Sekor ayam (potong ikut suka)
20 ulas bawang merah,
20 tangkai cili kering,
3 ulas bawang putih, 1 1/2 inci halia, 1/2 inci lengkuas (tumbuk/giling/kisar)
3 sudu kerisik
20 ulas bawang merah (mayang)
2 helai daun kunyit (racik)
Santan pekat dr sebijik kelapa
2 keping asam gelugur
2 batang serai
Garam secukup rasa

cara buat: --
Senang jer..(mak aku kata le)Mula mula ambil kuali...letakkan ayam yg dah dibasuh dan dipotong kat kuali td.Letakkan bahan giling, bawang merah yg dimayang, kerisik, daun kunyit racik, and asam gelugurpas tu tuang santan dr sebijik kelapa tadi.pastu baru jerang kuali td atas api sederhana (jgn kuat api tu ...mak aku kata)renehkan...kacau sekali sekala and perasakan dgn garam...bila kuahnya dah pekat dan agak kering tu dah masak le...errr sapa ada resepi rendang ayam negeri sembilan...mak aku tanya...share la ngan dia...hheheheeh

p/s: daripada reply dia orang, resipi mak chester ni simple tapi sedap.

Beef Rendang Dendeng, Click Here

Comments