200g tauge (dibuang ekor dan dicelur)
200g sengkuang (dikupas & dihiris nipis)
200 g timun (dihiris nipis)
3 keping tauhu (digoreng & dihiris nipis)
4 biji telur (direbus, dikupas & dihiris)
masukkan cucur udang dan kuah (di bawah) ke atas bahan di atas dan sedia untuk di makan.
BAHAN CUCUR UDANG
100g tepung gandum
20 g tepung beras
200 g udang sederhana (dibuang kulit)
1 bj. telur
1 bj. cili hijau (buang biji dan dihiris halus)
1 bj. cili merah (buang biji dan dihiris halus)
15 tangkai daun kucai (dihiris halus)
sedikit air
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gaul tepung gandum, tepung beras dan garam.
2. Masukkan udang, telur, cili hijau, cili merah, daun kucai dan air untuk menjadikan bancuhan yang tidak begitu keras.
3. Panaskan minyak. Ambil sesudu demi sesudu adunan dan goreng sampai keperangan. Angkat, tuskan dan hiris.
TIPS : Cucur udang/bilis dsbnya selalunya dicampur telur supaya ia lembut. Adunannya juga hendaklah lembik sedikit supaya cucur itu akan lembut. Secara amnya, gunakan 1 biji telur untuk 300 g tepung gandum. Biarkan adunan 'rihat' selama 15-20 min sebelum menggorengnya agar ia mesra.
BAHAN KUAH
3camB minyak
8 ulas bawang merah (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2-3 camB pes cili
200g keledek (dikupas, direbus & dilecek)
1 camB asam jawa & 500 ml air (diperah dan ditapis)
2 camB gula merah
200g kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dikupas & dikisar)
garam secukupnya
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang kisar dan pes cili hingga wangi.
2. Masukkan keledek, air asam jawa, gula dan garam kacau hingga mendidih. Kemudian renehkan selama 30 minit. Tambah air jika terlalu pekat.
3. Akhir sekali bubuh kacang tanah. Kacau lagi sampai mendidih.
4. Angkat dan sajikan dengan cucur udang, tauge, sengkuang, timun , tauhu dan telur.
Rujukan: Buku Masak Popular Malaysia - Nor Zailina Nordin.
Di bawah ini juga dimasukkan sekali beberapa resipi terpilih untuk cucur udang dan kuahnya, bagi mereka yang mahu membuat cucur udang semata.
Cucur Udang Azian ( restoran pak amir)
Harap sudi mencuba resepi ciptaan ibu saya yg saya ikut sampai dah
berkeluarga sendiri.
Dijamin sedap dgn syarat pandai menganggarkan sukatannye je ye...almaklumlah
semua depend on berapa orang yg nak makan betul tak? Anyway selamat mencuba....
bawang merah
bawang putih
(petua: lebihkan bawang merah dari putih dan ditumbuk, nak blender pun bule)
tauge
kuchai - potong ikut suka berapa cm/inci
kentang - potong dadu kecik2 (yg nie optional, takde pun cucurnya tetap
jadi )
tepung gandum
1 biji telur ayam
1 camt serbuk kunyit (nak bagi cucur kaler cantik gitu)
1 camb majerin ( Mother's Choice -Low salt yg I suka pakai. Jangan guna
butter,
sebab I tak pernah guna, jadi I tak jamin apa rasenya)
cili boh - ikut kepedasan masing2
1/2 camt baking powder - untuk kegebuan cucur gitu
Caranya:
Gaul semua bahan yg basah dulu untuk mensebatikan ramuan, jangan lupa garam
sekali. Akhir sekali
bila dah sebati barulah masukkan tepung. Maafle, tepung nie kena pandai
agak2. Yg penting ramuan
jangan tenggelam dek rasa tepung. Spoil le rase nanti. Dah masuk tepung tu
barula bancuh dgn air.
Kuah Cucur Yayasan Catering
Cili merah 4 biji
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
sedikit cuka
Garam
Gula anggaran 2 sudu besar
Tomato sos dan cili sos
Cara :
Tumbuk cili dengan bawang2. Dah hancur, masuk cuka sikit, garam dan gula. Lepas
tu tuang cili sos dan tomato sos secukup rasa, kacau rata. Last sekali, tuangkan
air suam dalam 2-3 sudu...Hmmm...sedap tu...
ROJAK INDIA
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka
Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.
Comments