Monday, November 29, 2004

Bihun Hailam

Bahan-bahan

1. 1 packet bihun, direndam dengan air paip, hingga lembut dan kembang,
toskan
2. 6 ulas bawang putih, diketuk
3. 6 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4. sedikit halia, ditumbuk
5. 2 cawan sawi, dipotong seinci
6. ½ cawan udang basah, dibuang kulit
7. ½ cawan isi ayam, dipotong nipis
8. ½ cawan bebola ikan/udang/sotong, dibelah dua
9. 2- 3 sudu makan lada hitam/lada sulah, ditumbuk
10. 2 sudu makan sos tiram
11. 1 cawan stok ayam
12. Gula dan garam secukup rasa.
13. Minyak


Cara

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia, hingga naik bau
3. Masukkan udang dan ayam dan goreng hingga putih.
4. Masukkan bebola ikan, sos tiram, gula dan garam, gaul rata
5. Masukkan stok ayam dam bihun, gaul rata
6. Akhir sekali masukkan sawi dan gaul hingga sawi layu.
7. Sedia untuk dihidangkan dengan kicap cili.

Kicap cili

10-15 biji cili padi dihiris + jus drdp. 1 biji limau nipis + 3-4 sudu kicap
manis. Gaul Rata.

No comments: