DAGING GORENG KICAP(Mami Penang)

Bahan A:

1/2 kilo daging lembu (dipotong macam daging goreng)
1 paket rempah kari daging BABA's
3/4 cawan kicap lemak manis (kalau kat Penang ni, guna Nirwana)
3 biji bawang besar (blend)
bawang putih 2-3 biji
Halia sebesar ibu jari (blend)
1 tin kecil tomato soup 57 Heinz
Bahan B:
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi QBB
3 biji bawang besar dipotong bulat
10 sen daun kari
sedikit air asam jawa

CARA-CARANYA:

Perap bahan A selama 5 jam kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus hingga daging empuk dan jangan terlalu kering.
Bila sampai waktu nak makan, masukkan minyak masak dan minyak sapi tadi dan tumiskan bahan B; iaitu bawang besar yang dipotong bulat tadi.
Kemudian masukkan daun kari (lagi banyak lagi mengancam baunya).
Masukkan sedikit air asam jawa.
Ambil daging yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam kuali menumis tersebut.
Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

agak-agak dia berair..jangan terlalu kering sangat dan jangan terlalu banyak air..

Ruj: Klik Sini

Comments