Kuih Seri Muka



Hidang untuk 6-8 orang

Bahan Lapisan Bawah
420g beras pulut
air secukupnya
400ml santan (dari 1/2 bj. kelapa)
1/2 camt garam

Bahan Lapisan Atas
2 bj telur
100g gula pasir

dikisar dan tapis:
15 helai daun pandan
200mk air


90g tepung gandum
2 camB tepung jagung
300ml santan (dari 1 bj kelapa)
beberapa titik pewarna hijau
1/4 camt garam


1. Rendam pulut semalaman dengan air

2. Tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang berukuran 22 cm.

3. Campurkan santan dengan garam. Tuangkan keatas pulut.

4. Kukus hinga masak. Ratakan permukaan pulut dengan daun pisang supaya betul-betul padat.

Untuk membuat lapisan atas
1. pukul telur dan gula sampai hancur

2. Masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan, sedikit pewarna hijau dan garam. Gaul sehingga sebati.

3. Tapiskan ke atas pulut. Kemudian kukus semula selama 25-30 minit atau hingga masak. Apabila sejuk baru potong ikut suka.

Comments

Anonymous said…
Karipap Panas ingin menjemput anda yang berada di Kuala Lumpur untuk mencuba Kuih seri muka yang dijual di gerai Karipap Panas Wangsa Melawati. Untuk rujukan sila singgah ke Laman Karipap Panas di bawah:

www.karipap.net