Laksa Sarawak ( dan Sambal Udang Kering)



Bahan-bahan

60ml @ 1/4 cawan minyak sayuran
300g udang yang kecil, dibuang kulit dan urat dan dicincang lumat-lumat
1 ekor (1kg) ayam, dibersihkan dan dipotong empat
2 sudu besar hirisan daun ketumbar + hirisan 1 tangkai lagi untuk menghias
2 liter @ 8 cawan santan, diperah drpd. 2bj kelapa parut dan 2 liter@8 cwn. air
30g @ 1/4 cwn. bijan yg. digoreng tanpa minyak, ditumbuk
86g @ 1/2 cwn kacang tanah, ditumbuk
air perahan drpd. 1 bj. limau nipis
garam
gula
500g mi laksa atau bihun atau mi kuning, dicelur sejurus sebelum menghidang
Sambal Udang Kering (rujuk resepi)
10 biji limau kesturi, dibelah dua.(nampaknya sesiapa yang di luar negara kena guna limau nipis sahajalah kalau tak jumpa limau ini)

Dikisar halus-halus

15 ulas bawang merah, dikupas
6 ulas bawang putih, dikupas
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan
2cm lengkuas, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
1 sudu teh belacan.

Cara

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumis bahan kusar sehingga wangi. Masukkan udang dan ayam, tutup periuk dan masak di atas api kecil selama 2 minit.

2. Tambah 2 sudu besar hirisan daun ketumbar dan santan. Renihkan selama 30 minit.

3. Masukkan bijan, kacang tanah, air limau nipis, garam dan gula. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Hidang panas-panas dengan mi laksa, bihun atau mi kuning, daun ketumbar selebihnya, sambal udang kering dan limau kesturi.

tips: Laksa ini boleh juga dihias dengan hirisan cili merah dan timun

Sambal Udang Kering

Bahan-bahan

2 sudu besar minyak masak

15 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan
6 ulas bawang merah, dikupas dan ditumbuk
55 g @ 1/2 cawan udang kering, direndam dengan air, dituskan dan ditumbuk.
1 sudu besar air asam, diperah drpd 1 sudu teh asam jawa dan 1 sudu besar air.
garam
gula

Cara:

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili dan bawang merah di atas api kecil sehingga wangi.

2. Tambah udang kering, air asam, garam dan gula.

3. Masak sehingga sambal pekat.

Comments

rhy said…
Wah! Ni resepi sendiri ke? Most of the recipes i found on the net of laksa sarawak suruh cari the perencah in the packet. We lived in kucing a looong time ago and love this laksa. tapi now dah dok KL susah nak cari the perencah. dah penat pesan kat orang yg gi swak to bawak balik the perencah for us. kalau brand lain, rasa lain pulak! thanks for the recipe. i'll try it soon. rhy
Pengembara said…
Hi Rhy. Ini recipe chef wan daripada buku masakannya tu. Thanks for visiting.
Anonymous said…
ahlan.. terima kasih banyak2
smlm masa tgh kerja teringat nak cuba buat laksa sarawak.. tapi mcm rhy kata, semua asyik sebut perencah laksa sarawak.. alahai, kat bahrain ni mana la nak dapat mende tu.
tq so much.. n will definitely try this weekend. take care ;)

Popular posts from this blog

Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London

Mee Hokkien Hitam Pekat

Nasi Minyak Istimewa