Sunday, November 28, 2004

LONTONG


Hidangan untuk 6-8 orang

420g beras (dibasuh & dituskan)
1.5liter air


BAHAN KUAH

Dikisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
80g udang kering
1cm kunyit hidup


1.5 liter santan (2 bj. kelapa)
2 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur

bahan di bawah dipotong (3 x 1) cm
60g kubis bulat
1 batang lobak merah
1 biji terung panjang
80g tempe


6 batang kacang panjang (dihiris 3 cm)
3 keping fucuk (direndam lembut & dipotong 3 cm)
30g suun (direndam lembut)
1 keping tauhu (digoreng & dipotong nipis)
garam secukupnya

1. Untuk membuat nasi himpit:

Masak beras dengan air hingga kembang. Kacau sekali-sekala agar tidak melekat pada periuk.

2 Bila nasi cukup kembang bolehlah diangkat. Lecek dengan anak lesung kemudian, tuang ke dalam loyang dan himputkan dengan benda berat supaya mampat. Biarkan sejuk barulah dipotong.

3 Untuk membuat kuahnya:
Kacau santan, bahan kisar, serai dan asam gelugur hingga mendidih.

4
Masukkan lobak merah dan kacau selama 2 minit. Bubuh pula kubis, terung, tempe, kacang panjang, fucuk, suun, tauhu dan garam.

5 Bila menggelegak semula bolehlah diangkat. Sajikan dengan nasi himpit tadi.

TIPS
Jika menggunakan nasi himpit segera, rebuslah dengan beberapa helai daun pandan agar baunya lebih wangi. Juga buat sambal tumis yang boleh diletakkan sesudu dua di atas kuah dan nasi himpit tadi untuk rasa yang lebih menyelerakan.

1 comment:

Anonymous said...

saya ingin mencuba resepi ini utk makan malam. selamat untuk saya.

dari shukor, kuala lumpur