Mee Bandung

Bahan2: (untuk 4 orang makan)

Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digorang dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara :

Tumiskan bawang putih dan merah
Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak
Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi.
Masukkan air secukupnya
Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng
Masukkan tomato dan telur
Masukkan air tepung jagung
Kacau sekali sekala. Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur

Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung
Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak

Comments