Nasi Dagang



Bahan-bahan

8 cawan / 1 cupak beras siam

2 cawan beras pulut

1 biji kelapa - ambil santan pekat

6 ulas bawang merah - dihiris halus

2.5 cm. halia - dihiris halus

1 sudu makan halba

garam secukup rasa

Cara membuatnya

Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 7 jam atau semalaman sebelum dikukus

Letak pengukus atas dapur dan masukkan air

Bila air menggelegak, masukkan beras dan kukus sehingga separuh masak

Angkat dan siramkan santan keatasnya dan kacau hingga rata.

Kukus sekali lagi

Bila masak, gaulkan nasi dengan halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.

Masukkan garam secukup rasa

Kacau sehingga rata dan sebati

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan

1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar

2 sudu besar ciliboh

2 sudu serbuk ketumbar

1 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu teh serbuk jintan manis

8 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji kelapa

2 cm. halia

2 cm. lengkuas

2 keping asam gelugur

2.5 cm. kunyit

2 sudu besar gula melaka

5 - 6 biji buah belimbing

10 biji lada kecil

garam dan serbuk perasa secukup rasa



Cara membuatnya

Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan

Kemudian direbus dengan sedikit air

Masukkan garam, asam gelugur dan 2 hiris kunyit

Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya

Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )

Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat

Gaulkan bersama jintan manis, jintan putih dan ciliboh

Perah 4 cawan santan dari sebiji kelapa tadi

Masukkan ke dalam periuk dan jerangkan atas api

Masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi kedalam santan bersama garam dan serbuk perasa

Kacau sehingga mendidih


Masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur dan gula melaka

Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit


Masukkan lada kecil dan buah belimbing

Biarkan mendidih sehingga pecah minyak baru diangkat




ACAR TIMUN (ACAR NASI DAGANG)



Bahan-bahan

2 biji timun

2 biji cili merah

2 biji cili hijau

1 biji bawang besar

1 batang lobak merah (carrot)

2.5 cm. halia

4 sudu makan cuka

2 sudu gula

Sedikit kapur sirih ( jika ada - untuk merapuhkan timun)

Garam secukupnya


CARA MEMBUATNYA


Timun, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan carrot dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm.


Masukkan ke dalam sebuah bekas dan direndam dengan kapur sirih kira-kira 15 - 20 minit

Kemudian ditoskan

Cuka, gula dan garam dimasukkan ke dalam sebuah bekas

Kacau sehingga sebati dan rata

Masukkan semua bahan sayuran tadi ke dalam bekas itu dan kacau sehingga rata

Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan

Ruj: Chef Niejam website


Comments

Popular posts from this blog

Mee Hokkien Hitam Pekat

Nasi Minyak Istimewa

Berbagai Jenis Rendang