OPOR DAGING HIJAU



Bahan- bahan

125ml/1/2 cawan minyak sayuran
600 gram daging lembu tulang kering bulat atas, didadu
500ml / 2 cawan santan, diperah daripada 1 bj. kelapa parut dan 500ml / 2 cwn air
2 tangkai terung pipit
1 biji lada benggala merah, dirhis-hiris
3 tangkai daun selasih
garam

Dikisar Halus-halus

100 gram cili hijau
1 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 batang akar ketumbar
2cm halia, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
2 helai daun limau purut
1 sudu teh belacan
2 sudu besar ketumbar biji, digoreng tanpa minyak
2 sudu besar jintan manis/kasar biji
1 sudu besar lada putih biji

Cara

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan daging, tutup periuk dan masak selama 5 minit.

2. Tambah santan dah didihkan. Renihkan selama 25 minit. Masukkan terus popot, lada benggala dan daun selasih dan terus renihkan lagi selama 3 minit.

3. Perasakan dengan garam dan hidang bersama nasi.

Ruj: Buku Sedapnyaaa... Chef Wan.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London

Mee Hokkien Hitam Pekat

Berbagai Jenis Rendang