Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London

PETUA MERANGUPKAN BADAM

Q.
Maaf, saya nak dapatkan petua/cara bagaimana hendak merangupkan badam untuk membuat biskut almond london. Saya pernah mencubanya dari resepi majalah tempatan tetapi tidak menjadi dan badamnya tidak rangup seperti yang saya inginkan. Harap puan dapat memberikan sedikit resepi/ petuanya, ye.

A

Pastikan badam yg anda bakar benar-benar rangup dan sejuk sebelum membungkusnya dengan doh biskut. Caranya adalah memanaskan oven ke suhu 220 C (seelok-eloknya api atas dan bawah). Ratakan badam di dalam tin pembakar (jangan ada yg bertindih) dan masukkan ke dalam oven. Kacau dgn. senduk kayu setiap 2 minit supaya rata masaknya. Jangan terlebih
bakar kerana ia mudah pahit. Bakar biskut pula hingga benar-benar
masak barulah dibiar sejuk sebelum dititiskan dengan coklat.

BISKUT ALMOND LONDON
125 g mentega
75 g gula aising
1 biji kuning telur
225 g tepung gandum } diayak
1/2 camt tepung beras }
300 g badam berkulit, dibakar rangup
450 g coklat masakan
80-100 g badam urai
mangkuk kecil kertas

CARA MERANGUPKAN BISKUT
Baru-baru ini saya ada melihat satu rancangan masakan di tv iaitu cara-cara membuat biskut. Satu resepi biskut tersebut tiada memasukkan telur kedalam adunan. Adakah biskut akan menjadi rangup sekiranya tidak dimasukkan telur?.Sekiranya puan ada petua untuk merangupkan biskut, silalah berikan kepada saya.

Sesetengah biskut akan menjadi terlalu keras jika tidak dimasukkan telur tetapi mungkin ada emping jagung atau badam utk memberikan rasa rangup. Jika menggunakan putih telur saja, biskut akan menjadi keras pula. Supaya biskut benar-benar rangup, masukkan sedikit emplex semasa memasukkan tepung (utk diuli). Anda juga boleh menambah tepung jagung atau tepung kastad pada bahagian tepung (kurangkan).

Bila biskut masak, angkat dan biar sejuk atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Jgn sekali-kali menyimpan kek dengan biskut kerana kerangupan biskut akan berkurangan. Jika biskut tidak rangup lagi, susun atas tin pembakar dan bakarlah beberapa ketika hingga ia rangup semula. Sesetengah biskut hanya akan menjadi rangup bila ia sejuk (terutama yg mempunyai kandungan gula yg tinggi).


Rujuk di sini

Video(English) tips teknik untuk biskut: boleh didapati daripada Food Network USA. Atau pergi ke Food Network Smart Cookie untuk melihat video di bawah.

1. Mengasingkan putih dan merah telur (separate Eggs)
2. Cara menentukan takat putih telur terbaik apabila dipukul (whip egg Whites)
3. Cara menguli doh untuk biskut dll (roll dough)
4. Cara mengadun dan menyebatikan ramuan dan putih telur (Fold Batter)

Comments