Roti Canai



hidangan untuk 4-6 orang

600 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt gula
2 biji telur (dipukul)
125 ml susu segar
123 ml air
224 g minyak sapi


Cara-cara

1. Gaulkan tepung, garam dan gula.

2. Masukkan telur diikuti dengan susu dan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

3. Uli doh selama 10 minit hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan sedikit air kemudian uli lagi.

4. Bahagikan kepada 7 atau 8 biji bebola. Lumur dengan sedikit minyak dan minyak sapi. Letak dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembap.

5. Perap selama 6 jam atau semalaman.

6. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tarik sekeliling senipis yang boleh. Lipat kedua dua tepinya ke dalam kemudian gulungkan menjadi bulatan.

7. Leperkan semula hingga selebar 20 sentimeter. panaskan kuali leper kemudian sapu minyak sapi dan goreng roti canai.

8. Terbalikkan dan masak lagi hingga garing dan keperangan.

Rujukan : Masakan Popular Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mee Hokkien Hitam Pekat

Nasi Minyak Istimewa

Berbagai Jenis Rendang