Sup Kambing



1 kg daging kambing bertulang (dipotong kecil)
1 camB jus halia
1/2 camt serbuk kunyit
sedikit garam
2 camB minyak
5 ulas bawang merah(dicincang)
3-4 liter air
1 bungkus rempah sup bunjut
2 camB kicap cair
2 camB kicap manis
garam secukupnya 1/2 camt gula
4 camB serbuk gajus + 1 camt tepung beras + 120ml air (semuanya dicampur)
3 tangakai daun bawang (dicincang halus)
8 ulas bawang merah - dihiris nipis dan digoreng garing
3 ulas bawang putih - dihiris nipis dan digoreng garing

Bahan Rempah

2 camB serbuk ketumbar
1/2 camB serbuk jintan manis
1/2 camB serbuk jintan putih


Cara:

1. Perap daging kambung dengan jus halia, serbuk kunyit dan garam selama 30 minit

2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah selama 1/2 minit. Kemudian bubuh bahan rempah dan daging kambing. Kacau selama 5 minit.

3. Masukkan air, rempah sup bunjut, kicap cair, dan kicap manis, garam dan gula. Biarkan higga menggelegak. Kemudia renehkan hingga empuk.

4. Bubuh pula serbuk gajus dan campuran tepung beras. Renehkan sambil dikacau selama 5 minit.

5. Sajikan di dalam mangkuk kecil dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

TIPS: Untuk mengurangkan lemak di dalam sup, biarkan semalaman atau simpan sebentar di dalam peti sejuk (apabila sup sudah sejuk). Kemudian buangkan lemak yang timbuk di permukaannya.

Ruj: Buku " Masakan Popular Malaysia".

Comments

Anonymous said…
terima kasih berkongsi resepi ni, boleh kongsikan resepi beef stew in malaysian style tak?

Popular posts from this blog

Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London

Mee Hokkien Hitam Pekat

Berbagai Jenis Rendang