Monday, January 10, 2005

Popiah Goreng dan Basah.

Popia Goreng

Bahan Inti
400 g sengkuang, dihiris halus
200g lobak merah, dihiris halus
100g taugeh, dibuang ekor
130g kacang panjang, dicincang
100g cendawan (jika suka), dicincang
2 camb sos tiram
3 ulas bawang putih, dicincang halus
3 camb minyak
garam, gula dan serbuk lada sulah

Campuran pelekat
3 camb tepung gandum
5 camb air

Bahan Sos(1)
4 camb sos cili
2 camb sos tomato
1-2 camb jus limau/lemon
garam secukupnya
1-2 camb bijan bakar

Untuk inti. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul rata kemudian bubuh kacang panjang dan cendawan. Kacau hingga empuk. Bubuh taugeh dan sos tiram. Bila taugeh layu, tambah sos tiram, garam, gula dan serbuk lada sulah. Isi ke dalam pinggan (jangan ambil airnya) kemudian biar sejuk.

Sudukan inti ke atas popia, gulung dan sapu campuran tepung pada hujungnya supaya kemas bila digulung. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Angkat dan sajikan dengan cili sos. Untuk sos, gaul sebati semua bahan dan taburkan bijan ke atas sos.

Anda juga boleh memilih di antara sos berikut:
SOS (2)
2 camb mayonis
1 camb gula pasir
4 camb sos cili
30 ml air
serbuk lada hitam/sulah & garam
Satukan semua bahan hingga sebati.
Sos (3)
2 camb minyak
2 camb pes cili
1 camt serbuk belacan
2 camb asam jawa + 125 ml air (air asam jawa)
3-4 camb gula merah/melaka (dicincang halus)
2 camb petis udang + 1 camb air panas
sedikit garam

Panaskan minyak, tumis pes cili hingga wangi. Masukkan semua bahan lain, kacau atas api perlahan hingga mendidih dan pekat. Biar sejuk sebelum digunakan sebagai sos sapu pada kulit popia basah.



Inti Popia Basah
2 camb minyak
4 biji cili merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
30 g udang kering }
2 camb sos tiram
1 camb kicap cair
200 g isi udang, dicincang halus
200 g taugeh, dibuang ekor
5 ulas bawang merah, dibuat bawang goreng
18-20 kpg kulit popia
garam secukupnya
150 g lobak merah }
180 g sengkuang } dihiris halus
150 g timun(buang empulur) }

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap cair dan udang. Bila udang masak, bubuh lobak merah dan kacau 3-4 min. Masukkan sengkuang,Saya suka makan popiah basah. Sudah lama saya mencari resipinya terutama resipi dan cara membuat kulit popiah basah ini. Bolehkah saya mendapatkannya dari puan?

Inti Popia
2 camb minyak
4 biji cili merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
30 g udang kering }
2 camb sos tiram
1 camb kicap cair
200 g isi udang, dicincang halus
200 g taugeh, dibuang ekor
5 ulas bawang merah, dibuat bawang goreng
18-20 kpg kulit popia
garam secukupnya
150 g lobak merah }
180 g sengkuang } dihiris halus
150 g timun(buang empulur) }

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap cair dan udang. Bila udang masak, bubuh lobak merah dan kacau 3-4 min. Masukkan sengkuang,
Saya suka makan popiah basah. Sudah lama saya mencari resipinya terutama resipi dan cara membuat kulit popiah basah ini. Bolehkah saya mendapatkannya dari puan?

Inti Popia
2 camb minyak
4 biji cili merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
30 g udang kering }
2 camb sos tiram
1 camb kicap cair
200 g isi udang, dicincang halus
200 g taugeh, dibuang ekor
5 ulas bawang merah, dibuat bawang goreng
18-20 kpg kulit popia
garam secukupnya
150 g lobak merah }
180 g sengkuang } dihiris halus
150 g timun(buang empulur) }

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap cair dan udang. Bila udang masak, bubuh lobak merah dan kacau 3-4 min. Masukkan sengkuang, timun, taugeh dan garam. Bila sayur layu, angkat dan biar sejuk. (Jangan dicampur airnya sekali).


2 comments:

intan said...

nak try ni best..best

idries said...

mcm2 resipi popia ni ya. nak tau je, mcm mana boleh jadi kuning ya yang banyak mamak atau orang kita tu buat, bubuh kunyit ke.
selalunye untuk popia goreng, sayuran tu direndan dengan air panas je.......amacam