Wednesday, April 13, 2005

Acar Rempah

Image hosted by Photobucket.com


Bahan-bahan:

90 ml @ 3/8 cawan minyak masak
1 sudu besar halba
1 sudu besar biji sawi
140 g udang basah kecil, dibuang kulit dan urat
1 sudu besar udang kering, direndam dgn. air, dituskan dan ditumbuk
2 sudu besar ikan bilis kering, dicuci dan ditumbuk
2 batang timun, dibuang empulur, dipotong-potong 3 cm panjang, direndam dgn. air garam dan dituskan
2 batang lobak merah, dipotong-potong 3 cm panjang
2 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 tangkai cili merah, dibelah dua
2 bj. bawang besar, dikupas dan dipotong empat
2 sudu besar kerisik
60ml @ 1/4 cawan cuka
garam
gula

Rempah Tumis

6 bj. buah pelaga
6 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis


Dikisar Halus-halus

1 sudu teh belacan
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2cm halia

Digoreng Tanpa Minyak dan Dikisar Halus-halus

30gram @ 1/4 cawan ketumbar biji
2 sudu besar jintan manis / kasar biji
1 sudu besar lada hitam biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis halba, biji sawi, rempah tumis dan bahan kisar sehingga wangi.

2. Masukkan udang, udang kering dan ikan bilis dan balik-balikkan selama 2-3 minit.

3. Tambah timun, lobak merah, cili hijau dan merah, bawang besar dan rempah kisar. Kacau selama 7 minit.

4. Masukkan kerisik dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula dan masak selama 5 minit lagi.

Nota: Acar ini sebaiknya disajikan sehari selepas dimasak untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

2 comments:

Ann Noris said...

Acar rempah selalunya digunakan segala jeruk2 buah2an termasuk jeruk limau. mengikut resepi asli, acar tak guna belacan.

acar timun dan carrot lebih enak jika dibuat 'acar pulang hari', cuma tumis tanpa guna rempah2 tapi masukkan sedikit cuka.

Pengembara said...

Thanks for the tips Ann. Pendapat ini sangat dihargai untuk pembaca semua.