Ayam Percik Terengganu

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan:


A
15 biji cili kering, direndam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 cm kunyit hidup

B
250 ml santan pekat
2 camca besar gula secukup rasa
1 camca besar tepung beras
2 Kiub Pati Ayam

1 kg ayam, dipotong ke 4 kepingan dan dihiris

Cara:

Image hosted by Photobucket.com
Campur ramuan A dan kisar hingga lumat. Dalam periuk, campur ramuan A dan B. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat.Ketepikan dari api.

Image hosted by Photobucket.com

Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak.Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London

Mee Hokkien Hitam Pekat

Berbagai Jenis Rendang