Sup Ekor cara Chef Wan

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan:

125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran
500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 liter @ 6 cwn. air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
garam
lada hitam yg. baru dikisar
daun ketumbar, dhiris-hiris
bawang goreng

Rempah Tumis

4 bj. buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-halus


10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1cm halia, dikupas

Cara:

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.

2. Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.

3. Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.

4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.

5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

6. Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.

Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dgn. menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurang menjadi 1 liter atau 4 cawan sahaja.

Comments

Anonymous said…
supekor ni nampak sedap betul... tak cukup satu mangkuk tu.. mintak tambah boleh? hehe