Sunday, April 10, 2005

Mi Rebus Johor

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan:

A
1 liter air
500 g daging
300 g tulang lembu


B
15 biji cili kering, direndam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering, rendam hingga kering

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan dal rebus, dikisar halus
200g keledek, rebus & dilecek
2 Kiub Pati Ayam MAGGI®
2 camca besar gula

C
500 g mi kuning, dicelur
400 g sawi, dicelur
150 g udang sedang, dicelur
10 biji telur rebus
hirisan daun bawang & daun sadri
hirisan cili merah
bawang merah
limau nipis, dipotong berbaji

Cara-cara:

Rebus ramuan A hingga daging lembut.Tapis dan simpan air rebus daging.Hiris nipis daging dan ketepikan.
Kisar ramuan B, kemudian tumis hingga wangi.Masukkan air rebusan tadi,dal kisar dan keledek lecek dan kacau sebati.
Masak hingga mendidih dan masukkan Kiub Pati Ayam MAGGI® dan gula.Renih hingga kuah hampir pekat.
Hidangkan dengan ramuan C.

2 comments:

Anonymous said...

Looks pretty delicious and promising.. menu for tomorrow brunch.
(yang merantau jua)

Karipap Panas said...

jika anda tinggal di Kl, silalah datang ke Gerai Karipap Panas di Wangsa Maju. Kami ada menyediakan Mee Rebus Johor yang enak.

www.karipap.net