Kuih Murukku

MURUKKU

3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 camb serbuk cili
1 camb serbuk jintan putih
1 1/2 camb serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak utk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yg lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak. Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan. Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Rujukan: Alaf21



Comments

Popular posts from this blog

Mee Hokkien Hitam Pekat

Nasi Minyak Istimewa

Berbagai Jenis Rendang