Thursday, May 18, 2006

MEE GULUNG

Tak pernah dengar nama mee ni, tapi resipinya nampak menarik tu la salin untuk senang buat rujukan.

Ruj: Pn Norzailina Q&A Alaf 21:

Saya pernah makan sejenis masakan yang diberi nama mee gulung. Setelah digoreng, mee tadi akan dibungkus(digulung) dengan telur dadar. Kemudian kuah akan disediakan dan dituang ke atas mee tadi. Pertama kali saya makan mee gulung ni di Batu Pahat, tetapi katanya masakan mee ini terkenal di Langkawi. Beberapa tahun yang sudah, apabila saya ke Langkawi, saya tak berjumpa pula kedai atau restoran yang menjual mee gulung.

Kedai di Batu Pahat tu pun dah tak beroperasi. Saya menyukai mee ini sebab rasa kuahnya yang istimewa. Harap puan ada resepi mee gulung untuk dikongsikan.

Saya terjumpa resepi ini dan harap ia seakan-akan Mee Gulung yg anda cari-cari. Jika berpeluang mencubanya, harap berikan feed-back. TQ.

MEE GULUNG

Bahan Mee
4 camb minyak
3 ulas bawang putih }
4 ulas bawang merah } dikisar
40 g udang kering(rendam)}
4 biji cili merah }
350 g mee kuning
2 camb sos tiram
3 camb sos cili
1 camb kicap cair
200 g taugeh
1 keping fishcake, dihiris nipis
10 keping bebola ikan, dihiris nipis
garam secukupnya

Untuk menggulung
3-4 camb minyak
6 biji telur } dipukul sedikit
40 ml air }
garam secukupnya

Bahan Kuah
500 g ikan kembung, direbus & kisar halus isinya
1-2 camb kicap pekat
2 camb kicap manis
2 camt kicap ikan
1 camb asam jawa + 50 ml air
2 liter santan (dari 2 biji kelapa)
500 ml air rebusan ikan

Bahan rempah (kuah)
8 biji bawang merah, digoreng & dikisar/tumbuk halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk
2 batang serai } diketuk
2 cm lengkuas }
3 camb pes cili
½ camt serbuk kunyit
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk jintan manis
2 camt serbuk ketumbar
garam, gula secukupnya

Bahan Hiasan
Hirisan daun bawang, cili merah
Bawang goreng
Limau nipis, dibelah 4

Cara membuatnya:
1. Untuk kuah: Jerang isi ikan, semua bahan kuah dan bahan rempah atas api sederhana sambil dikacau sekali-sekala. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat.
2. Untuk mee: Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan semua bahan lain dan renjiskan sedikit air supaya mee tidak terlalu kering. Bila masak, bolehlah diangkat.
3. Satukan telur, air dan garam. Buatkan telur dadar nipis sebanyak 8-9 keping, letakkan sedikit mee dan gulung kemas. Bubuh di dalam pinggan, tuangkan kuah panas.
4. Hias dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng dan limau nipis.

No comments: