Sunday, May 14, 2006

Set Masakan - Nasi Tomato , Daging Kurma & Ayam Masak Merah

NASI TOMATO

500 g beras wangi } dibasuh & disejat
500 g. beras biasa }
150 g minyak sapi/marjerin
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cm kayu manis
1 labu bawang besar (dicincang)
150 ml. puri tomato
1.5 l air
garam secukup rasa
6 camb bawang goreng }
100 g hirisan badam bakar } untuk hiasan
80 g kismis/sultana }

Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1.5 cm. halia

1 Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga dan kayu manis 1-2 minit.
2 Bubuh bahan kisar, kacau hingga wangi.
3 Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
4 Kemudian bubuh air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk.
5 Bila masak, taburkan bawang goreng, badam dan pis.

DAGING KURMA


600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }

Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak dan daging separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

**** Soalan Berkaitan Kurma drpd Alaf 21 website dan jawaban Pn Norz.. :

Dalam majlis kahwin yang pernah saya hadiri, saya telah menemui kuah kurma yang sangat sedap rasanya. Kuahnya pekat, kehitaman dan berminyak, rasanya pula lemak, manis , masin dan cukup rasa rempahnya. Tak seperti setengah majlis kahwin dimana kuahnya cair dan kurang pekat serta kurang sedap rasanya.

(1) Adakah penggunaan kismis hitam boleh memekatkan dan memaniskan kuah itu?

Selain penggunaan kismis hitam atau prun yg dikisar dengan santannya, anda boleh masukkan buah keras dan kas-kas (halus berwarna putih-kelabu) ke dalam bahan kisar (utk menumis). Sukatan rempahnya juga lebih banyak dari biasa dan juga santannya pekat. Jika kita selalu menggunakan 1 biji kelapa utk seekor ayam, gunakan 2 biji kelapa.

(2) Adakah penggunaan susu cair menggantikan santan lebih enak rasanya?

Boleh ditambah sedikit susu cair pada akhir masa memasak (selepas santan pecah minyak) kerana ini akan membuat ia lebih "lemak berkrim". Didihkan sekali lagi baru diangkat. Jangan dimasukkan pada peringkat awal bersama santan kerana ia mungkin terasing dan membuat kuah tidak berminyak dan halus serta cantik berkilat. Jika memasak Kurma Daging, pastikan api perlahan (minima sederhana) supaya daging elok empuknya.

AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)
garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari } bahan perap
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
minyak untuk menggoreng terendam
garam, gula secukupnya

Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawangBahan dikisar:
6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }
1 camt jintan putih } disangai/goreng tanpa minyak
½ camt jintan manis }

1. Perap ayam, garam, lada hitam dan bahan perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3. Keluarkan kecuali 3 camb minyak, bubuh bawang besar dan bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5. Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat dan hidangkan.

Ruj:
Alaf 21

1 comment:

Anonymous said...

Enjoyed the recipes n the songs as well

Regards

Zaki
Kuala Lumpur