Sunday, May 14, 2006

NASI AYAM BBQ

NASI AYAM BBQ

air untuk merebus ayam
1 ekor ayam, anggaran 2 kg
8 cm halia, dihiris
garam

Bahan Perap:


3 camb kicap cair
75 ml sos tomato
2 camb sos cili
1 camb madu
2 camb gula melaka, dicincang halus
1 camb jus limau nipis
2 camt parutan halia
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 camb air

Bahan Nasi :


1.25 kg beras
160 ml minyak
garam
4 ulas bawang putih, dititik
2 camb stok pekat ayam (dlm botol), jika suka
air rebusan ayam

Bahan Sos Cili (kisar halus) :

100 g halia
50 g bawang putih
50 g bawang merah
200 g cili merah
5-6 biji limau kasturi, diperah jusnya
garam & gula
60 ml sos tomato

Bahan Sos Ayam (campur) :

1 camt gula
1 camt minyak bijan
2 camb kicap cair
2 camb sos tiram
200 ml air rebusan ayam

Bahan Sampingan:

daun salad, timun dan tomato (dihiris)

Untuk memasak ayam. Jerang air dlm periuk besar hingga mendidih. Masukkan ayam, halia dan garam. Tutup periuk dan masak atas api sederhana selama 5 min, kemudian padamkan api dan biar ayam di dalam air itu selama 20-25 min. Angkat ayam dan celupkan dalam air biasa. Biar 10 min kemudian gantung ayam selama 30 min supaya kering airnya. Lumur dengan bahan perap dan biar ayam selama 3 jam sebelum dibakar/panggang.

Untuk memasak nasi. Panaskan minyak, masukkan beras, bawang putih dan garam, kacau hingga beras bersalut dengan minyak. Tuangkan air rebusan ayam dan stok ayam ke paras 2 cm lebih tinggi dari beras. Jerang hingga kering airnya kemudian perlahankan api dan tutup periuk.
Untuk sos. Kisar cili dengan garam, cuka dan gula. Isikan ke dalam mangkuk kecil. Satukan kicap, sos tiram dan sedikit air rebusan ayam.

]

Ruj: Alaf21

No comments: