Posts

Showing posts from November 7, 2004

Mi Goreng India

Image
500g mi kuning
60ml minyak
1 labu bawang besar (dihiris nipis)

Diperap selama 1 jam:
200g daging kambing (dihiris nipis)
1 cam. Besar kicap manis
1 cam. teh kicap hitam
1/4 cam. teh serbuk lada hitam


6 camB sos tomato
8 tangkai sawi (dihiris 3 cm)
300 g tauge (dibuang ekor)
2 biji telur (dipukul)
2 biji cili besar hijau
2 biji tomato (dipotong berbaji)
2 biji kentang (direbus & dihirs 0.5 cm)

3 ketul cucur udang (dihiris nipis)
10 ulas Bawang merah (dihiris nipis & digoreng garing)
5 tangkai daun bawang (dicincang)
garam secukup rasa

BAHAN PERASA
2 camB kicap hitam
1-2 camt serbuk cili

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga wangi

2. Masukkan daging perap dan bahan perasa. Kacau selama 3-4 minit

3. Bubuh air dan tutup sebentar. Biarkan daging empuk.

4. Masukkan pula sos tomato dan sawi. Kacau selama 2 minit.

5. Kacaukan mi, tauge dan telur hingga bersalut.

6. Akhir sekali masukkan cili hijau, tomato, kentang dan cucur udang. Tambah garam ikut suka

7. Angkat d…

Berbagai Jenis Rendang

Image
Rendang Tok

Bahan-bahan

500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.

Rujukan :Buku "Sedapnyaaa..." (Hidangan Kegemaran Chef Wan).


Rendang Dinding



Bahan-bahan

250ml/1 cawan + 3 sudu besar minyak masak
1 Kg bawang besar , dikupas dan dihiris-hi…