Posts

Showing posts from November 14, 2004

OPOR DAGING HIJAU

Image
Bahan- bahan

125ml/1/2 cawan minyak sayuran
600 gram daging lembu tulang kering bulat atas, didadu
500ml / 2 cawan santan, diperah daripada 1 bj. kelapa parut dan 500ml / 2 cwn air
2 tangkai terung pipit
1 biji lada benggala merah, dirhis-hiris
3 tangkai daun selasih
garam

Dikisar Halus-halus

100 gram cili hijau
1 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 batang akar ketumbar
2cm halia, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
2 helai daun limau purut
1 sudu teh belacan
2 sudu besar ketumbar biji, digoreng tanpa minyak
2 sudu besar jintan manis/kasar biji
1 sudu besar lada putih biji

Cara

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan daging, tutup periuk dan masak selama 5 minit.

2. Tambah santan dah didihkan. Renihkan selama 25 minit. Masukkan terus popot, lada benggala dan daun selasih dan terus renihkan lagi selama 3 minit.

3. Perasakan dengan garam dan hidang bersama nasi.

Ruj: Buku Sedapnyaaa... Chef Wan.

SERI KAYA (MAMAK KAT KAMPUNG )

(macam yg mamak jual dulu-dulu naik basikal besar dengan bekas roti besar di belakangnya yg ada penutup ayan macam penutup kukus yg besar....)

3 biji telur Gred A
240 g gula pasir
300 ml santan pekat (1 biji kelapa)
2 helai daun pandan, dikoyak & disimpulkan

Untuk Gula Hangus
60 g gula pasir
125 ml air

Untuk gula hangus, jerang gula dan air hingga gula hancur. Masak lagi hingga mendidih kemudian bertukar menjadi karamel (hangus dan keperangan gelap). Jangan terlalu lama dibiarkan kerana ia akan menjadi pahit. Gula hangus boleh menjadi 'lebih hangus' jika dibiarkan lama di dalam periuk/kuali bekas memasaknya kerana bekas tersebut masih panas.

Kacau gula dan telur hingga sebati. Masukkan daun pandan, santan dan gula hangus. Jerang di atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat.

Nota: Ada satu lagi cara membuat gula hangus: Hanguskan gula di dalam periuk atau kuali, masukkan air (panas) dan kacau hingga pekat.

RESEPI SCRAMBLED EGG

Image
'Scrambled Egg' akan berasa lebih lemak lagi jika dicampur dengan krim segar (fresh cream). Jika tiada, boleh digantikan dengan krim putar (double cream). Gunakan mentega, jangan minyak atau marjerin. Pastikan apinya sederhana saja dan sentiasalah kacau dengan senduk kayu.

SCRAMBLE EGG
2 camb mentega
4 biji telur
4 camb susu cair
sedikit garam & serbuk lada sulah
1 camb krim segar/putar

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit). Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras. Utk mendapatkan telur yg lebih halus 'ketulnya', gunakan pemutar 'belon' (balloon whisk).

Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London

PETUA MERANGUPKAN BADAM

Q.
Maaf, saya nak dapatkan petua/cara bagaimana hendak merangupkan badam untuk membuat biskut almond london. Saya pernah mencubanya dari resepi majalah tempatan tetapi tidak menjadi dan badamnya tidak rangup seperti yang saya inginkan. Harap puan dapat memberikan sedikit resepi/ petuanya, ye.

A

Pastikan badam yg anda bakar benar-benar rangup dan sejuk sebelum membungkusnya dengan doh biskut. Caranya adalah memanaskan oven ke suhu 220 C (seelok-eloknya api atas dan bawah). Ratakan badam di dalam tin pembakar (jangan ada yg bertindih) dan masukkan ke dalam oven. Kacau dgn. senduk kayu setiap 2 minit supaya rata masaknya. Jangan terlebih
bakar kerana ia mudah pahit. Bakar biskut pula hingga benar-benar
masak barulah dibiar sejuk sebelum dititiskan dengan coklat.

BISKUT ALMOND LONDON
125 g mentega
75 g gula aising
1 biji kuning telur
225 g tepung gandum } diayak
1/2 camt tepung beras }
300 g badam berkulit, dibakar rangup
450 g coklat masakan
80-100 g badam urai
mangkuk kecil kert…

Sandwich Telur Rebus

Image
SANDWICH
TELUR REBUS


8 keping roti

4 helai daun salad (atau hirisan timun)

mentega untuk sapu
Bahan
Inti


3 biji telur rebus

2 camb mayonis

1 camb Thousand Island Dressing

1/2 camt serbuk lada hitam

secubit garam
Hancurkan telur, campurkan dengan bahan inti yg lain. Jika suka, boleh
tambah cili merah yg dicincang halus. Sapu mentega pada
roti, alas 4 keping dengan daun salad. Ratakan campuran
telur pada 4 keping lagi kemudian tangkupkan. Tekan sedikit,
hiris tepi kelilingnya kemudian potong tiga segi.Sila Rujuk: Puan Norzailina Q&A corner

Nasi Goreng USA

Bahan-bahan
2-3 camb minyak
1 labu bawang besar (yg sedang), dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 camt pes cili
3 camb sos cili
4 camb sos tomato
1 camb stok pekat ayam/kiub
1 biji cili Benggala hijau (kecil), dikiub
80 g sayuran campur
4-5 camb air (utk merenjis)
450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 camt serbuk lada sulah
garam secukupnya



Bahan
Hiasan

minyak utk menggoreng
3 biji telur
daun parsli/daun sup/daun bawang


Bahan
Lauk

300 g daging batang pinang/sirloin steak
1 camt serbuk (kasar) lada hitam/coarse black pepper
2 camb sos barbeku
2 camb mentega
2 camb minyak


Bahan
Sos(atau gunakan 'Black Pepper Sauce' di dalam botol)

3 camb mentega
3 camb tepung gandum
200 ml air panas
300 ml susu segar/UHT
1 kiub stok daging
1/2 -1 camb kicap hitam
2 camt puri tomato
1 camb serbuk (kasar) lada hitam
sedikit garam


Untuk
lauk:

Perap daging dengan sos barbeku selama 4 jam. Panaskan mentega
dan minyak, perangkan seluruh daging di atas api sederhana.
Ubah ke dalam ketuhar 200 C dan bakar selama 15-20 min atau

PETUA DAN SOAL JAWAB MASAKAN

Banyak teknik dan petua-petuauntuk menyedapkan makanan daripada Puan Norzailina Nordin. Sila tekan di sini.

Biskut Famous-Amos

Ingredients:

1/2 pound butter, softened
3/4 cups granulated sugar
3/4 cups light brown sugar
1 teaspoon vanilla extract
2 eggs
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
2 1/4 cups all purpose flour
4 oz. chopped pecans
18 oz. semi-sweet chocolate chips

Directions
Beat butter, granulated sugar, brown sugar, vanilla, eggs, baking soda and salt in large mixing bowl.


Combine the flour gradually (otherwise you'll have a big snow storm in your kitchen!)


Stir in pecans.


Stir in chocolate chips.


Take tablespoons of batter and drop onto ungreased baking sheet.


Bake in a preheated 375°F oven (350°F if you're using an electric oven) for 9 to 11 minutes or until golden brown. Check along the way because every oven is different! Let stand for 2 minutes and then remove to cool.

refer: Famous-amous secret ingredient - "© 2002 Famous Amos Chocolate Chip Cookie Company, L.L.C.î,

Aneka Biskut dan Kek (Sumbangan Kak Liza)

Klik di sini.

Senarai Biskut:

BISKUT SARANG SEMUT
BISKUT ALMOND LONDON
BISKUT MARMAR CARRIE
BISKUT DAM
BISKUT SAMPERIT
BISKUT KELAPA
KUIH TUMPI
KUEH KARAS
KUEH KAPIT/GULUNG
KUIH BANGKIT SANTAN
BEPANG KACANG
BISKUT KACANG & COKLAT CIPS
BISKUT OREN

KEK MARBLE
KEK BLACK FOREST
KEK KEJU BUAH CAMPUR
MUFFIN COKLAT CHIPS
KEK KEJU
KEK BUAH KUKUS
NO BAKE CHEESECAKE
TAT TELUR
KASTAD
KEK KEJU BLUEBERRY
MUFFIN COKLAT
ROTI SOSEJ
PENKEK JAGUNG
CROISSANT
KEK BUAH PRUNE
KEK KUKUS LAPIS BUAH
KEK KUKUS MASAM MANIS
KEK LOBAK BERKEJU
KEK BUAH (Bakar)
KEK LOBAK MOIST


Sambal Tempoyak Udang

SAMBAL TEMPOYAK UDANG

½ kilo udang sederhana besar
20 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih di tumbuk hingga lumat
½ inci kunyit hidup
6 sudu besar Tempoyak
1 helai daun kunyit – dihiris nipis
2 batang serai – diketuk
½ cawan air
Garam secukup rasa

-Another alternative:
gula dan garam secukup rasa
1 biji kelapa 3 cawan santan (gantikan air)- sukatan untuk 1 Kg udang.

Cara-caranya
Udang dibersihkan dan ditoskan.Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, tempoyak, air dan serai, gaul hingga sebati.Kacau sehingga adunan tersebut pekatMasukkan udang dan daun kunyitBiarkan seketika hingga udang masak.Sedap dimakan dengan ulam petai atau kacang botol.
Ruj: Bernama Resipi


Sambal Tempoyak Pahang

bahan-bahannya:-
35 biji cili padi
10 batang serai
15 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit
isi kunyit 1/2 inci
100gm ikan bilis
tempoyak 1 mangkuk
gula 3 sudu
garam kasar 1 sudu(secukup rasa) cara-caranya:- 1. tumbuk cili hingga lumat bersama garam kasar dan isi kunyit.
2. …

Nasi Dagang

Image
Bahan-bahan8 cawan / 1 cupak beras siam 2 cawan beras pulut 1 biji kelapa - ambil santan pekat 6 ulas bawang merah - dihiris halus 2.5 cm. halia - dihiris halus 1 sudu makan halba garam secukup rasa Cara membuatnyaBeras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 7 jam atau semalaman sebelum dikukus Letak pengukus atas dapur dan masukkan air Bila air menggelegak, masukkan beras dan kukus sehingga separuh masak Angkat dan siramkan santan keatasnya dan kacau hingga rata. Kukus sekali lagi Bila masak, gaulkan nasi dengan halba, halia dan bawang yang dimayang tadi. Masukkan garam secukup rasa Kacau sehingga rata dan sebati Gulai Ikan TongkolBahan-bahan1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar 2 sudu besar ciliboh 2 sudu serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk jintan manis 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 biji kelapa 2 cm. halia 2 cm. lengkuas 2 keping asam gelugur 2.5 cm. kunyit 2 sudu besar gula melaka 5 - 6 biji buah belimbing 10 biji lada…

Nasi Bukhari Kak Wan

Image
Nasi BukhariBahan-bahan4 cawan beras gred A1 (untuk 6 orang makan)1 kg daging 1 bungkus rempah kari daging 2 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu kecil cili boh2 labu bawang besar 7@ 8 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 cawan kecil kismis Beberapa biji cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis ( rempah menumis ) 1 bungkus rempah sup bonjot 2 sudu besar minyak sapi Beberapa hiris halia 4 tangkai daun sup / saderi 6 biji tomato masak Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya Minyak untuk menumis 2 sudu besar perahan air limau nipis 2 sudu perahan air asam jawa

Cara membuatnya
Beras dibasuh bersih dan ditoskan.Daging dipotong segi empat (5 cm x 5 cm) dan dibersihkan.Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Bawang besar, buah tomato dibelah lapan. Daun sup dipotong-potong (lebih kurang 3 cm).
Panaskan periuk dan masukkan setengah cawan minyak serta 2 sudu minyak sapi
Bila minyak sudah panas, masukkan rempah menumis, bawang yang telah ditumbuk dan kacau sehingga kelihatan kekun…

Sup Kambing

Image
1 kg daging kambing bertulang (dipotong kecil)
1 camB jus halia
1/2 camt serbuk kunyit
sedikit garam
2 camB minyak
5 ulas bawang merah(dicincang)
3-4 liter air
1 bungkus rempah sup bunjut
2 camB kicap cair
2 camB kicap manis
garam secukupnya 1/2 camt gula
4 camB serbuk gajus + 1 camt tepung beras + 120ml air (semuanya dicampur)
3 tangakai daun bawang (dicincang halus)
8 ulas bawang merah - dihiris nipis dan digoreng garing
3 ulas bawang putih - dihiris nipis dan digoreng garing

Bahan Rempah

2 camB serbuk ketumbar
1/2 camB serbuk jintan manis
1/2 camB serbuk jintan putih


Cara:

1. Perap daging kambung dengan jus halia, serbuk kunyit dan garam selama 30 minit

2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah selama 1/2 minit. Kemudian bubuh bahan rempah dan daging kambing. Kacau selama 5 minit.

3. Masukkan air, rempah sup bunjut, kicap cair, dan kicap manis, garam dan gula. Biarkan higga menggelegak. Kemudia renehkan hingga empuk.

4. Bubuh pula serbuk gajus dan campuran tepung beras. Renehkan samb…

Apam Balik

Ingredients

250g plain flour

1 tsp salt

2½-3 tbsp castor sugar

1 tsp fresh yeast (break up into fine granules)

1 egg

250ml water

1 tsp alkaline water

Filling:

100g toasted groundnuts, pounded finely

75g coarse sugar

1 small can cream-style sweet corn

50g margarine

Method
Sift flour and salt into a mixing bowl. Add sugar, egg, yeast and water to mix. Beat the mixture well until it forms a smooth batter. Add alkaline water, mix, then cover and set aside for 40–50 minutes.

Heat a griddle pan until hot. Pour in a ladleful of batter into the pan. Smooth out evenly with the back of the ladle. Cover pan with a lid and cook until bubbles appear.

Spread a handful of groundnuts and some sugar over surface. Next, add in a tablespoon of margarine and some cream-style sweet corn. Cover and cook until apom begins to harden. Remove and fold in half. Serve immediately.

Ref: Amy Beh (cyber kuali)


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning…

Roti Canai

Image
hidangan untuk 4-6 orang

600 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt gula
2 biji telur (dipukul)
125 ml susu segar
123 ml air
224 g minyak sapi


Cara-cara

1. Gaulkan tepung, garam dan gula.

2. Masukkan telur diikuti dengan susu dan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

3. Uli doh selama 10 minit hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan sedikit air kemudian uli lagi.

4. Bahagikan kepada 7 atau 8 biji bebola. Lumur dengan sedikit minyak dan minyak sapi. Letak dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembap.

5. Perap selama 6 jam atau semalaman.

6. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tarik sekeliling senipis yang boleh. Lipat kedua dua tepinya ke dalam kemudian gulungkan menjadi bulatan.

7. Leperkan semula hingga selebar 20 sentimeter. panaskan kuali leper kemudian sapu minyak sapi dan goreng roti canai.

8. Terbalikkan dan masak lagi hingga garing dan keperangan.

Rujukan : Masakan Popular Malaysia.

Nasi Ayam Mak N

Image
Resipi di bawah ini , diperturunkan oleh Mak N di mana bahan-bahan segar yang lain kadang-kadang sukar didapati. Walaupun begitu aku masih lagi teringat betapa sedapnya Nasi Ayam Mak N ini. Memandangkan resipi ini diambil menggunakan handwritings, maka tidak semua sukatan diperolehi. Ianya boleh diagak-agak berdasarkan berapa banyak ayam kita nak letak. Juga, inilah resipi yang digunakan untuk menjual makan-makanan dari rumah (home cooking) untuk pelajar Malaysia pada suatu masa dahulu ( bagi commercial dan masakan untuk kuantiti yang banyak). Juga bukannya khas untuk masakan di rumah walaupun ianya boleh juga dicuba dan agak-agak sukatannya (hasilnya juga tidak menghampakan).


Bahan Perap untuk Ayam (semuanya diagak-agak saja
Paprika
Serbuk Bawang Putih
Gula dan madu
kicap cair masin
garam (sikit aje)- sebab kicap dah masin
minyak bijan
5-spice powder (optional)

Perap selama lebih kurang 30 minit dan kemudian digoreng. Boleh juga dipanggang di dalam oven jika nak healthy punya version.

Bahan Un…

Rojak (ala melayu) - Cucur Udang - Kuah Rojak - Rojak India

Image
200g tauge (dibuang ekor dan dicelur)
200g sengkuang (dikupas & dihiris nipis)
200 g timun (dihiris nipis)
3 keping tauhu (digoreng & dihiris nipis)
4 biji telur (direbus, dikupas & dihiris)

masukkan cucur udang dan kuah (di bawah) ke atas bahan di atas dan sedia untuk di makan.


BAHAN CUCUR UDANG


100g tepung gandum
20 g tepung beras
200 g udang sederhana (dibuang kulit)
1 bj. telur
1 bj. cili hijau (buang biji dan dihiris halus)
1 bj. cili merah (buang biji dan dihiris halus)
15 tangkai daun kucai (dihiris halus)
sedikit air
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Gaul tepung gandum, tepung beras dan garam.

2. Masukkan udang, telur, cili hijau, cili merah, daun kucai dan air untuk menjadikan bancuhan yang tidak begitu keras.

3. Panaskan minyak. Ambil sesudu demi sesudu adunan dan goreng sampai keperangan. Angkat, tuskan dan hiris.

TIPS : Cucur udang/bilis dsbnya selalunya dicampur telur supaya ia lembut. Adunannya juga hendaklah lembik sedikit supaya cucur itu akan lembut. Secara…