Wednesday, April 13, 2005

Acar Rempah

Image hosted by Photobucket.com


Bahan-bahan:

90 ml @ 3/8 cawan minyak masak
1 sudu besar halba
1 sudu besar biji sawi
140 g udang basah kecil, dibuang kulit dan urat
1 sudu besar udang kering, direndam dgn. air, dituskan dan ditumbuk
2 sudu besar ikan bilis kering, dicuci dan ditumbuk
2 batang timun, dibuang empulur, dipotong-potong 3 cm panjang, direndam dgn. air garam dan dituskan
2 batang lobak merah, dipotong-potong 3 cm panjang
2 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 tangkai cili merah, dibelah dua
2 bj. bawang besar, dikupas dan dipotong empat
2 sudu besar kerisik
60ml @ 1/4 cawan cuka
garam
gula

Rempah Tumis

6 bj. buah pelaga
6 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis


Dikisar Halus-halus

1 sudu teh belacan
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2cm halia

Digoreng Tanpa Minyak dan Dikisar Halus-halus

30gram @ 1/4 cawan ketumbar biji
2 sudu besar jintan manis / kasar biji
1 sudu besar lada hitam biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis halba, biji sawi, rempah tumis dan bahan kisar sehingga wangi.

2. Masukkan udang, udang kering dan ikan bilis dan balik-balikkan selama 2-3 minit.

3. Tambah timun, lobak merah, cili hijau dan merah, bawang besar dan rempah kisar. Kacau selama 7 minit.

4. Masukkan kerisik dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula dan masak selama 5 minit lagi.

Nota: Acar ini sebaiknya disajikan sehari selepas dimasak untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Pencok Ayam Panggang

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan

1 ekor (1.5 kilogram) ayam, dibersihkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada putih serbuk
3 sudu besar minyak masak
435 ml (1 3/4 cawan santan, diperah drpd. 1 bj. kelapa parut dan 435ml/ 1 3/4 cawan air)
segenggam daun selasih
1 sudu besar air asam, diperah drpd. 1 sudu teh asam jawa dan 1 sudu besar air
garam
gula

nanas, dicincang

Dikisar Halus-halus

4 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
2 ulas bawang putih, dikupas
1 cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Gaul rata-rata ayam, garam dan lada putih. Panggang di dalam oven yg. sudah dipanaskan pada 180 deg. Celcius/ 350 deg. Fahr. sehingga separuh masak.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan santan, daun selasih dan renihkan selama 15 minit.

3. Tambah ayam panggang dan renihkan di atas api sederhana sehingga kuah hampir kering

4. Masukkan air asam, garam dan gula dan masak selama 3 minit.

5. Hias dengan kepingan nenas sejurus sebelum dihidang dengan nasi.

Rujukan : Chef Wan.

SAYUR-SAYURAN RANGUP

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan:

3 camca besar minyak masak
1 labu sedang bawang besar, dicincang
3 cm halia muda, dicincang
6 kuntum cendawan, rendam & dihiris halus

A
150 gm kacang sepat manis
10 tongkul putik jagung, dihiris
1 batang sedang lobak merah, dihiris
4 batang saderi, dihiris
10 biji berangan air, dihiris

B
½ cawan air
2 camca besar Krimer Sejat Rendah Lemak
2 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Kicap Cair

2 camca teh tepung jagung
1 camca teh gula atau secukup rasa
1 camca teh minyak masak
¼ camca teh serbuk lada hitam


Langkah Penyediaan:

1. Tumis bawang, halia dan cendawan hingga wangi.

2. Masukkan bahan A dan goreng selama 2 minit.

3. Masukkan bahan B dan masak selama 1 minit atau hingga sayuran masak tetapi masih rangup.

Ayam & Cendawan Bercili

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan

3 camca besar minyak masak
6 cm halia, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang

A
250 gm hirisan daging ayam tanpa tulang
150 gm hirisan cendawan butang
1 peket Perencah Tom Yam MAGGI
1 camca besar sos ikan
2 camca teh gula atau secukup rasa
1 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI
1 biji sedang tomato, dipotong berbaji
4 helai daun limau purut, dikoyak kekepingan
6 pokok daun bawang, dihiris
2 camca besar Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL


Cara-Cara:
Image hosted by Photobucket.com
Panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan bawang putih serta halia

Image hosted by Photobucket.com
Masukkan bahan A dan goreng hingga ayam masak

Image hosted by Photobucket.com
Masukkan Pati MAGGI dan baki bahan; ketepikan dari api.

Monday, April 11, 2005

Nasi Minyak Istimewa

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan

2 camca besar minyak sapi
2 camca besar mentega atau marjerin


A
2 labu bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm hala, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, dititik
3 cawan air
½ cawan Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL
500 gm beras basmati, basuh & tuskan
3 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI

B
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan kismis
1 biji hirisan cili merah
daun pudina

Cara Menyediakan:

Image hosted by Photobucket.com
Panaskan minyak sapi dan mentega; tumis bahan A hingga wangi.

Image hosted by Photobucket.com
Masukkan air, Susu Sejat dan beras.
Image hosted by Photobucket.com
Masukkan Pati MAGGI dan masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.

Taburkan bahan B sebagai hiasan.

Version Tradisional (Dihantar melalui email oleh seorang makcik - thank you so much!)

Recipe For Nasi Minyak

Bahan-bahan
Bahan untuk nasi


5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis

2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan

Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak

1. Cara membuat air rebusan ayam atau daging.
2. Ayam/daging di basuh dan di potong
3. Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
4. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !)
5. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
6. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
7. Walla, you guys will enjoy this dish. Kalau nak impress minah/ mat saleh tu, can try these two dishes. Kalau aunty lalu pun rasanya korang tak nampak dah.



Cara nak masak nasi

1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasik ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.


Untuk hiasan

Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.

Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

Enjoy yourselves OK.


Another version Nasi Minyak by Ann Noris:

NASI MINYAK

2 mangkuk beras
2 mangkuk air
cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang ( serba sikit untuk menumis) (A)
bawang putih .... 3 ulas }
halia....................satu inci setengah } blend hingga halus (B)
bawang besar......setengah biji }
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi atau margarine
garam & perasa
susu segar l cawan


1. panaskan periuk, masukkan minyak dan minyak sapi/magarine
2. masukan bahan (A)
3. tumis bahan (B)
4.setelah naik bau masukan air semangkuk, garam/perasa dan susu segar
5.masukan beras, tutup periuk, sampai masak.
(boleh masak dalam rice cooker.....kalau hendak masak lebih gandakan bahan diatas

Sunday, April 10, 2005

Udang Goreng Bertauhu

Image hosted by Photobucket.com
350 gm udang bersaiz sederhana, diperap bersama
Kicap Cair & lada sulah

3 camca besar minyak masak
2 keping tauhu setengah keras, dipotong 8 kepingan
2 ulas bawang putih, dicincang
2 camca besar cincangan halia
2 kuntum cendawan Cina, didadu
¼ cawan cincangan lobak merah

1½ cawan air
1 Kiub Pati Ikan Bilis
1 camca teh tepung jagung dicampur dengan
1 camca teh air
½ cawan kacang pis
1 biji cili kering, dimayang


Cara:
Image hosted by Photobucket.com
Panaskan, minyak dan goreng udang di atas api yang sederhana selama 1 minit; ketepikan udang.
Image hosted by Photobucket.com
Dalam minyak yang sama, goreng tauhu hingga kekuningan; ketepikan.
Image hosted by Photobucket.com
Masukkan bawang putih, halia, cendawan dan lobak merah; goreng hingga kekuningan. Masukkan air dan Pati ikan bilis ; masak hingga mendidih.
Image hosted by Photobucket.com
Kemudian masukkan udang goreng, kacang pis, cili kering dan tauhu
Image hosted by Photobucket.com
Renih selama 2 minit dan pekatkan dengan campuran tepung jagung.

Mi Rebus Johor

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan:

A
1 liter air
500 g daging
300 g tulang lembu


B
15 biji cili kering, direndam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering, rendam hingga kering

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan dal rebus, dikisar halus
200g keledek, rebus & dilecek
2 Kiub Pati Ayam MAGGI®
2 camca besar gula

C
500 g mi kuning, dicelur
400 g sawi, dicelur
150 g udang sedang, dicelur
10 biji telur rebus
hirisan daun bawang & daun sadri
hirisan cili merah
bawang merah
limau nipis, dipotong berbaji

Cara-cara:

Rebus ramuan A hingga daging lembut.Tapis dan simpan air rebus daging.Hiris nipis daging dan ketepikan.
Kisar ramuan B, kemudian tumis hingga wangi.Masukkan air rebusan tadi,dal kisar dan keledek lecek dan kacau sebati.
Masak hingga mendidih dan masukkan Kiub Pati Ayam MAGGI® dan gula.Renih hingga kuah hampir pekat.
Hidangkan dengan ramuan C.