Posts

Showing posts from November 28, 2004

Sup Ayam ala Thai

Image
Aroma yang menyelerakan hasil gabungan, santan, serai, halia, dan limau nipis menjadikan sup ini sangat enak, terutamanya apabila ditambah dengan potongan kecil cili besar. Resipi yang bagus di musim sejuk begini atau di musim tengkujuh nun di rantau sana.



Bahan-bahan

1 sudu minyak
1-2 cili besar, dipotong kecil.
2 ulas bwng. putih, dikisar
1 batang 'leek'bersaiz besar (seperti gambar di bawah) yang dipotong bulat.

2.5 cawan stok ayam
13/4 (1.75) cawan santan
600g peha ayam yang sudah dibuang kulit dan tulangnya, dipotong dalam 3-4cm.
2 sudu besar sos ikan
1 batang serai (diketuk)
1.5 cm halia (dipotong halus)
1 camt gula
4 helai daun limau purut
3/4 cawan kacang pea (tin)
3 sudu besar hirisan daun ketumbar

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di atas kuali. Tambah lada besar dan bawang putih, goreng selama 2 minit. Masukkan 'leek'dan masak selama 2 minit lagi.

2. Masukkan stok ayam dan santan dan kacau sehingga ia mendidih. Setkan api ke (med. hi).

3. Masukkan ayam, sos ikan, serai yang telah …

Raspberry Brulee - pencuci mulut

Image
Pencuci mulut ini bukan sahaja kurang lemak (low-fat) menu tetapi juga senang disediakan. Di USA ianya dipanggil "creme brulee" adalah terkenal dan digemari ramai di mana-mana restoran, kini boleh dicuba sendiri.

1 mangkuk buah raspberri
1/3 cawan gula pasir
2 camB tepung jagung
1/3 camt garam
2 cawan susu segar (samada susu tanpa lemak, atau susu segar biasa) (fat free half-and-half or skim milk)
1/2 camt esen vanilla
4 camt 'brown sugar'

Masukkan buah raspberri ke dalam 4 'cawan saiz 10-ounce' bekas kastad (atau apa-apa cawan yang boleh disajikan hidangan ini). Campurkan gula, tepung jagung dan garam di dalam sebuah bekas yang lain. Masukkan susu segar ke dalam campuran gula, tepung jagung dan garam tadi dan kacau.

Panaskan pada paras 'medium' sehingga ia mendidih sambil dikacau selalu. Masukkan esen vanilla. Kemudian tuangkan ke dalam cawan yg. menganduungi buah raspberri tadi.

Masukkan ke dalam oven. Setkan oven ke 'broil'. Taburkan 1 camt 'brow…

Roti John

Image
Roti John yang popular di Singapura ini, ada juga dijual di Malaysia & memang sedap untuk dimakan. Biasanya dibuat daripada Roti French (French loaves - gambar) yang agak panjang sedikit.Tetapi juga boleh menggunakan 'dinner rolls'-tekan sini untuk makan-makan sesama keluarga atau kawan-kawan.

Dalam sekitar tahun 70an, orang putih di gerai Pak Shukor selalu memesan telur dadar yang dicampur bawang dan memakannya dengan roti., mereka sangat suka sekali dan memakannya dengan banyak. Pak Shukor akhirnya menyediakan resipi khas Roti John lengkap dengan sos cili untuk hidangan mereka. Pak Shukor kemudiannya menamakannya sebagai "Roti John" kerana semua Mat Salleh diketika itu dipanggil "John".



BAHAN-BAHAN
6 buku roti-french mini atau 'dinner rolls' (seperti di gambar )

Untuk Inti:
100g daging lembu cincang
2 labu bawang besar - sederhana besar (dipotong)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
1/2 camt serbuk 'allspice'
1/2 camt serb…

Bihun Hailam

Bahan-bahan

1. 1 packet bihun, direndam dengan air paip, hingga lembut dan kembang,
toskan
2. 6 ulas bawang putih, diketuk
3. 6 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4. sedikit halia, ditumbuk
5. 2 cawan sawi, dipotong seinci
6. ½ cawan udang basah, dibuang kulit
7. ½ cawan isi ayam, dipotong nipis
8. ½ cawan bebola ikan/udang/sotong, dibelah dua
9. 2- 3 sudu makan lada hitam/lada sulah, ditumbuk
10. 2 sudu makan sos tiram
11. 1 cawan stok ayam
12. Gula dan garam secukup rasa.
13. Minyak


Cara

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia, hingga naik bau
3. Masukkan udang dan ayam dan goreng hingga putih.
4. Masukkan bebola ikan, sos tiram, gula dan garam, gaul rata
5. Masukkan stok ayam dam bihun, gaul rata
6. Akhir sekali masukkan sawi dan gaul hingga sawi layu.
7. Sedia untuk dihidangkan dengan kicap cili.

Kicap cili

10-15 biji cili padi dihiris + jus drdp. 1 biji limau nipis + 3-4 sudu kicap
manis. Gaul Rata.

Karipap Udang

Image
Bahan Bahan:
250 gm mentega
500 gm tepung
8-9 sudu besar air sejuk (air dari peti sejuk)
500 ml Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Doh


Campurkan semua bahan bahan pastri, gaul perlahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan ia selama 20 minit.

Ambil kira kira 50 gm dari doh tersebut, bentukkan bulat seperti bola dan canaikan setebal 3mm. Tekapkan dengan “pastry cutter” agar ia berbentuk karipap.


Bahan Bahan Inti


5 biji ubi kentang - dipotong dadu dan direbus
2 ulas bawang besar - dipotong dadu
3 tangkai daun kari - dihiris halus
4 tangkai daun sup - dihiris halus
350 gm isi udang - dicincang kasar
1 kiub pati ikan bilis
½ sudu kecil gula
3 sudu besar rempah kari ikan
100 ml air
5 sudu besar Minyak Masak
½ biji telur rebus


Cara Memasak Inti

Tumis bawang sehingga layu, masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kemudian masukkan isi udang, udi kentang, telur rebus serta bahan bahan inti yang lain, kacau sehingga rata.


Cara Membuatnya:

Masukkan inti secukupnya ke dalam kepingan pastry d…

Satay Melayu Asli

Image
Bahan- bahan

250g daging lembu - potong nipis sepanjang 3cm.

Bahan Kisar (tidak terlalu halus):

5 cili kering (yang sudah direbus dengan air panas)
4 biji b awang merah
1 batang serai - dipotong
1 sudu kecil halia yang dicincang
1 sudu kecil lengkuas yang telah dicincang
1/2 camt jintan putih (disangai)
1 camB serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
1/4 camt serbuk kunyit
air asam jawa
2 sudu garam
campurkan 3 camB minyak dan 1 camB gula (untuk memberus sate apabila dipanggang atas bara)
3 batang serai -8-10 cm panjang, ditumbuk hujungnya dengan lesung dan digunakan sebagai pemberus sate)
15-20 lidi sate

Cara-cara:

Campurkan bahan yang telah dikisar bersama gula, kunyit, air asam jawa dan garam. Masukkan daging lembu and gaulkan rata bersama bahan kisar. Perapkan selama 4 jam.

Cucukkan 4-5 keping daging ke dalam lidi sate, pastikan penghujung lidi di tutup. Berus dan sapukan campuran minyak dan gula menggunakan batangan serai yang telah dihancurkan hujungnya. Panggang di at…

Sate ayam dan kuah

Image
Hidangan untuk 4-6 orang

500g ayam tanpa tulang ( dihiris 2 cm x 3 cm)
lidi sate secukupnya

BAHAN DIKISAR
2 ulas bawang merah
1-2 camB minyak
2 cm kunyit
1 batang serai
1 camt gula
1 camt garam
2 camt ketumbar - disangai
1 camt jintan putih - disangai
1/4 camt serbuk kulit kayu manis

BAHAN KUAH

2camB minyak

dikisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia


disangai & dikisar:
1 camt jintan manis
1 camB ketumbar


3 camB pes cili
300g kacang tanah (digoreng kering, 1/2 dikisar & 1/2 ditumbuk)
1 camB asam jawa (diperah & ditapis)
200 ml air rebusan tulang (ditapis) - separuh orang juga menggunakan air rebusan udang atau air rebusan sotong dan kisar sekali udang-udang atau sotong yang telah direbus itu.
400ml santan (dari 1 biji kelapa)
2-3 camB gula
garam secukupnya

Bahan Sampingan


nasi himpit (dipotong dadu)
bawang besar (dipotong berbaji)
timun(dihiris nipis)

Untuk menyediakan sate:


1. Perap daging ayam dengan semua bahan kisar selama 4 jam

Ikan Bakar Portugis

Image
Bahan-bahan

60ml @ 1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 bj. limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
garam
gula
1 ekor (600g) ikan bawal, dibersihkan
daun pisang

Dikisar halus-halus

4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut.

Cara


1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang.

3. Bakar di dalam ketuhar (oven) yang sudah dipanaskan pada 180C @ 350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

Daging Puteri Manis

Image
Bahan-bahan
@= atau
55 g @ 1/4 cwn. minyak sapi
5cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
10 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang halus-halus
4 sudu besar pes cili
1 sudu besar ketumbar serbuk
2 sudu teh jintan putih @ halus serbuk
1 sudu teh jintan manis @ kasar serbuk
500 g daging lembu bahagian betis atau belikat, didadu
150 ml @ 1 cawan air
60ml @ 1/4 cawan air asam, diperah drpd 2 sudu besar asam jawa dan 60 ml @ 1/4 cawan air.
garam
2 sudu besar gula
2 biji ubi kentang, dikupas, dipotong baji dan digoreng terendam.
2 biji tomato yang besar, dipotong empat
1 bj bawang besar, dikupas dan dihiris bulat-bulat.

Cara.

1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun kari. Tambah bawang putih, bawang merah dan halia.

2. Masukkan pes cili, ketumbar, jintan putih/halus dan jintan manis/kasa serbuk. Goreng sehingga wangi.

3. Masukkan daging d…

Laksa Sarawak ( dan Sambal Udang Kering)

Image
Bahan-bahan

60ml @ 1/4 cawan minyak sayuran
300g udang yang kecil, dibuang kulit dan urat dan dicincang lumat-lumat
1 ekor (1kg) ayam, dibersihkan dan dipotong empat
2 sudu besar hirisan daun ketumbar + hirisan 1 tangkai lagi untuk menghias
2 liter @ 8 cawan santan, diperah drpd. 2bj kelapa parut dan 2 liter@8 cwn. air
30g @ 1/4 cwn. bijan yg. digoreng tanpa minyak, ditumbuk
86g @ 1/2 cwn kacang tanah, ditumbuk
air perahan drpd. 1 bj. limau nipis
garam
gula
500g mi laksa atau bihun atau mi kuning, dicelur sejurus sebelum menghidang
Sambal Udang Kering (rujuk resepi)
10 biji limau kesturi, dibelah dua.(nampaknya sesiapa yang di luar negara kena guna limau nipis sahajalah kalau tak jumpa limau ini)

Dikisar halus-halus

15 ulas bawang merah, dikupas
6 ulas bawang putih, dikupas
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan
2cm lengkuas, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
1 sudu teh belacan.

Cara

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumis bahan kusar …

Ohnokaukswe (Mi Kari Burma)

Image
nota: Pengarang pernah mencuba resipi ini sewaktu kawan-kawan omputih yang dah lama kenal di sini ajak sembang-sembang dan kumpul-kumpul (hangout la dalam bahasa inggerisnya) di kediaman mereka di satu petang musim bunga yang lepas. Mereka kata teringin sangat nak rasa masakan tangan orang Malaysia seperti saya yang dah lama di sini. Ada dalam 10 orang semuanya. Masing-masih semua kata betapa sedapnya Mi ni dan rasanya yang sedikit pedas memanaskan badan. Tak lama selepas itu memang tiada baki lagi mi saya. Yang di sana tambah lagi sikit, sini tambah lagi banyak..Semuanya selesai.. try test cubalah :).



Bahan-bahan

300g mi kuning, dicelur sejurus sebelum menghidang
1 keping kek ikan (fish cake ) digoreng terendam dan dihiris nipis-nipis
4 biji telur rebus, dikupas dan dipotong baji
Kuah ( bahan resipi disiarkan bersama)
55 gram @ 1/2 cawan bawang goreng
daun bawang, dihirs-hiris
daun ketumbar (cilantro in US), dihiris-hiris
3 biji limau nipis, dipotong baji

Cara Menghidang

1. Bubuh sedikit mi kun…

Kuih Seri Muka

Image
Hidang untuk 6-8 orang

Bahan Lapisan Bawah
420g beras pulut
air secukupnya
400ml santan (dari 1/2 bj. kelapa)
1/2 camt garam

Bahan Lapisan Atas
2 bj telur
100g gula pasir

dikisar dan tapis:
15 helai daun pandan
200mk air


90g tepung gandum
2 camB tepung jagung
300ml santan (dari 1 bj kelapa)
beberapa titik pewarna hijau
1/4 camt garam


1. Rendam pulut semalaman dengan air

2. Tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang berukuran 22 cm.

3. Campurkan santan dengan garam. Tuangkan keatas pulut.

4. Kukus hinga masak. Ratakan permukaan pulut dengan daun pisang supaya betul-betul padat.

Untuk membuat lapisan atas
1. pukul telur dan gula sampai hancur

2. Masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan, sedikit pewarna hijau dan garam. Gaul sehingga sebati.

3. Tapiskan ke atas pulut. Kemudian kukus semula selama 25-30 minit atau hingga masak. Apabila sejuk baru potong ikut suka.

Acar Sayur Campur

Image
Hidangan Untuk 4 orang

400g kacang tanah
2oog bijan (digoreng tanpa minyak)
250g kacang panjang (dipotong memanjang)
250 kubis (dimayang kasar)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
2 camB sos plum masam (kalau tak jumpa di oversea, boleh diganti dengan cuka)
250g g gula

Kisar bahan berikut:
50g lada kering (yang dah direndam & kembang dalam air panas)
100g kunyit


Potong bahan berikut 2.5 cm panjang & dihiris memanjang 1/2 cm tebal:
250g timun
250g lobak merah

1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga naik baunya. BBuang kulitnya dan tumbuk. Ketepikan.

2. Didihkan air dan celur kacang panjang, timun, lobak merah, kubis serta bawang untuk seketika. Angkat dan tuskan.

3. Gaul kacang tanah, bijan, lada kering, kunyit, sayurang yang dicelur, sos plum masam dan gula dalam mangkuk adunan hingga sebati.

4. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dihidangkan.

Tauhu Sumbat

Image
Hidangan untuk 4 orang.

8 keping tauhu
1/2 camt (camca teh) serbuk kunyit
1/2 camt garam
minyak untuk menggoreng
1 biji timun (dibuang empulur & dicincang halus)
200g tauge (dibuang ekor & dicelur)

BAHAN SOS

40g gula pasir
50ml cuka
garam secukupnya
3camB (camca Besar) kacang tanah goreng (dicincang halus)
2 camB bijan bakar

Kisar halus bahan berikut :
3 biji cili merah (dibuang biji)
2 ulas bawang putih


1. Tauhu dihiris secara menyerong. Kemudian kelar bahagian tengahnya (jangan putus)

2. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam

3. Panaskan minyak dan goreng tauhu sampai keperangan. Angkat dan tuskan

4. Satukan timun dan tauge. Sumbat ke dalam tauhu. Atur atas pinggan dan hidangkan.

Untuk Membuat Sos

1. Jerang gula pasir, cuka dan garam dengan api perlahan hingga pekat. Angkat dan biarkan suam.

2. Bubuh cili dan bawang putih ke dalamnya. Taburkan dengan kacang dan bijan.

Sambal Udang Berpetai

Image
Hidangan untuk 3-4 orang

50 ml minyak
1 camB asam jawa pekat
3 camB sos cili
sedikit air
200g udang sederhana (dibuang semua kecuali ekor)
150g isi petai (dibelah 2)
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
garam & gula secukupnya

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 camB pes cili
1 cm belacan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.

2. Masukkan asam jawa, sos cili dan sedikit air. Kacau sampai terbit minyak.

3. Bubuh pula udang dan isi petai. Gaul selama 3-4 minit.

4. Tambah gula, garam dan sedikit air jika terlalu pekat.

5. Bila udang masak, masukkan pula tomato dan bawang besar.

6. Kacau selama 2 minit, angkat dan hidangkan.

LONTONG

Image
Hidangan untuk 6-8 orang

420g beras (dibasuh & dituskan)
1.5liter air


BAHAN KUAH

Dikisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
80g udang kering
1cm kunyit hidup


1.5 liter santan (2 bj. kelapa)
2 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur

bahan di bawah dipotong (3 x 1) cm
60g kubis bulat
1 batang lobak merah
1 biji terung panjang
80g tempe


6 batang kacang panjang (dihiris 3 cm)
3 keping fucuk (direndam lembut & dipotong 3 cm)
30g suun (direndam lembut)
1 keping tauhu (digoreng & dipotong nipis)
garam secukupnya

1. Untuk membuat nasi himpit:

Masak beras dengan air hingga kembang. Kacau sekali-sekala agar tidak melekat pada periuk.

2 Bila nasi cukup kembang bolehlah diangkat. Lecek dengan anak lesung kemudian, tuang ke dalam loyang dan himputkan dengan benda berat supaya mampat. Biarkan sejuk barulah dipotong.

3Untuk membuat kuahnya:
Kacau santan, bahan kisar, serai dan asam gelugur hingga mendidih.

4
Masukkan lobak merah dan kacau selama 2 minit. Bubuh pula kubis, terung, tempe, kacang panjang, f…